“Biadapnya Jawapan” – Respon Peniaga Terhadap Komen Pelanggan Tentang Kualiti Makanan Jadi Bualan
Segalanya bermula apabila Ain membuat aduan selepas dia membeli set nasi hujan panas dengan daging masak hitam dan ayam berempah yang dipesan melalui aplikasi penghantaran makanan daripada peniaga itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai peniaga khususnya dalam bidang makanan dan minuman, kualiti makanan yang dijual memainkan peranan penting.
Ini kerana rasa makanan yang sedap dan kuantiti yang kena dengan harga menjadi faktor utama dalam menarik pelanggan untuk mencubanya.
Bagi sesetengah peniaga, komen dari pelanggan dilihat penting dalam usaha untuk memperbaiki mutu dan kualiti pada masa hadapan.
Namun, ada segelintir peniaga yang dilihat mengabaikan pendapat pelanggan. Malah, apa yang lebih teruk hingga ada yang sanggup memarahi pelanggan gara-gara tidak puas hati dengan maklum balas negatif yang diberikan.
Peniaga Marah Lepas Pelanggan Komen Kualiti Makanan
Menerusi kumpulan Facebook Bukit Jelutong Community, seorang pengguna yang dikenali sebagai Ain meluahkan rasa kecewa selepas menerima respon negatif daripada seorang peniaga makanan.
Segalanya bermula apabila Ain membuat aduan selepas dia membeli set nasi hujan panas dengan daging masak hitam dan set nasi hujan panas dengan ayam berempah yang dipesan melalui aplikasi GrabFood daripada peniaga yang beroperasi di Bukit Jelutong, Shah Alam itu.
Tidak puas hati dengan kualiti dan kuantiti makanan yang dibeli, Ain bertindak meninggalkan komen dengan niat agar peniaga berkenaan memperbaiki kualiti menu itu pada masa hadapan.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, Ain dilihat meninggalkan komen dan mendakwa menu ayam yang dipesan berasa masam, saiz lauk yang sedikit, nasi hujan panas lembik dan rasa tawar selain meluahkan rasa tidak berbaloi menunggu lama memandangkan dia membelinya secara dalam talian.
Namun, niat baik Ain disalah sangka oleh peniaga makanan terbabit. Gara-gara tidak puas hati dengan komen yang diberikan oleh Ain, peniaga berkenaan bertindak membalas aduan yang dibuat dengan respon yang tidak sopan dan tidak menghormati pelanggan.
“Memang rempah ayam goreng ada based masam. Kamu ada masalah dengan based masam rempah? Kalau ada itu masalah kamu .
“Portion lauk sikit – kamu nak banyak, beli lebih. Ini pertama kami beli kan? Kamu ingat semua kedai wajib ada SOP portion lauk ikut standard perut kamu?
“Nasi lembik dan tawar – Adakah kamu seienis makan nasi keras kering jadi tak biasa dengan nasi lembut? Nasi Hujan Panas tawar dekat tekak u saja, tekak u ok ke ni?” tulis peniaga itu sebagai respon balas kepada Ain.
Kecewa dengan maklum balas peniaga berkenaan, Ain bertindak memuat naik respon tangkap layar tersebut bagi mencari pemilik sebenar kedai makan itu menerusi kumpulan Facebook berkenaan.
“Rude (biadap) nya jawapan. Pembeli komen untuk improve (perbaiki). Sejenis tak boleh terima teguran. Macam kita ni baru lahir je tak pernah makan benda sama yang dia masak tu.
“Dah kalau nasi lembik benyek (bukan lembut ya, saya tahu beza nasi lembut dan nasi lembik macam mana) tu nak puji juga ke?
“Improve la, take note supaya lepas ni kualiti terjaga. Kalau business nak maju dan sustain (bertahan), ambil kira komen negatif juga, jangan nak syok sendiri je makan pujian,” tulis Ain menerusi ruang kapsyen.
Hantaran Tarik Perhatian Warganet
Hantaran Ain nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata mengecam tindakan peniaga terbabit yang dilihat agak ‘kurang ajar’ dan tidak menghormati pelanggan.
Malah, ada di antara mereka yang pernah membeli dari peniaga itu turut mendedahkan mempunyai pengalaman yang sama seperti Ain.
Ada juga warganet yang sebelum ini merupakan pelanggan peniaga itu turut mendakwa kualiti makanan yang dijual oleh peniaga berkenaan sudah tidak sama seperti sebelumnya.
Ada Pelanggan Yang Puji Sedap & Ada Juga Sebaliknya
Namun, berdasarkan tinjauan kami menerusi aplikasi GrabFood itu, masih ada pelanggan yang memberikan komen bahawa makanan yang dijual oleh peniaga terbabit sedap dan kena dengan citarasa mereka.
Reaksi Peniaga Di FoodPanda Sedikit Berbeza, Lebih Profesional
Apa yang mencuri perhatian, reaksi peniaga melalui FoodPanda adalah berbeza di mana respon terhadap komen pelanggan dilihat lebih profesional.
Namun, kebanyakan komen yang dijumpai adalah beberapa bulan lepas berbanding GrabFood yang lebih terbaharu.
Berikut antara komen warganet:
“Respon Macam Ni Macam Nak Tabur Pasir Dalam Periuk Nasi Sendiri”
“Saya Pernah Order & Komen, Memang Agak Terkejut Jawapan Dia”
“Minggu Lepas Ada Beli Juga Nasi Hujan Panas Dia, Memang Lembik”
“Nampak Gaya Memang Takkan Order La, Kena Take Note Nama Kedai Ni & Menu-Menu Dia”
Baca Artikel Berkaitan: “Mahal Kau Jual” – Peniaga Sedih Lepas Ditegur Pelanggan Kerana Jual Nasi Lemak RM3 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa, Pelanggan Anggap Nasi Ayam RM3 ‘Mahal’ [Video]