fbpx
Now Reading
Guna Bahan Terbuang Untuk Warnakan Kain, Wanita Ini Buat Ramai Kagum [Video]

Guna Bahan Terbuang Untuk Warnakan Kain, Wanita Ini Buat Ramai Kagum [Video]

Menurut Shi Han, Ummi menggunakan bahan buangan seperti uncang teh, batang pisang, manggis dan banyak lagi boleh mengeluarkan warna yang sangat cantik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini ramai yang telah mula berinovasi apabila menggunakan bahan kitar semula seperti kertas, plastik sebagai satu alat perhiasan, pakaian dan sebagainya.

Jika dahulu ramai yang akan membuang peralatan yang tak diingini dan menganggap ia barangan yang tidak boleh diguna pakai lagi.

Namun kini ada segelintir dari kita yang kreatif serta mempunyai misi untuk menyelamatkan bumi dengan memproses semula sesuatu barang buangan dan dijadikan sebagai satu produk.

Wanita warnakan fabrik menggunakan bahan buangan

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ummi apabila dia menggunakan bahan buangan makanan untuk dijadikan pewarna asli fabrik.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu Shi Han, Ummi yang juga membesar di Kampung Baru, Kuala Lumpur menggunakan bahan semula jadi seperti kulit bawang merah, uncang teh untuk dijadikan sebagai pewarna kepada fabrik.

Fabrik yang diwarnakan dijadikan sebagai cenderamata

Fabrik itu kemudiannya dijadikan sebagai pelbagai produk seperti apron, cenderamata, kain rentang dan banyak lagi.

Dalam video itu, Shi Han turut menunjukkan cara Ummi memproses kulit bawang merah untuk mewarna (dye) fabrik.

Jelas Shi Han lagi dalam video tersebut, Ummi bekerja di United Kingdom sebagai multimedia designer. Namun pada tahun 2019 sewaktu Covid-19 mula melanda dunia Ummi mula sedar pembaziran di dapur yang telah dilakukannya.

Setiap bahan buangan hasilkan warna yang berbeza

Ekoran itu, Ummi mula membuat uji kaji sendiri dan teruja apabila melihat betapa cantiknya warna yang dikeluarkan oleh sesuatu bahan buangan seperti uncang teh, batang pisang termasuklah manggis.

Pada tahun lalu, Ummi mula menyertai projek ‘colour district’ di mana dia akan pergi ke sekitar Kuala Lumpur bagi mengumpul bahan terbuang untuk dijadikan warna semula jadi dan menghasilkan tekstil yang berseni darinya.

@human_edition

Follow for more raw Malaysian stories 🧅 . I personally met Ummi when she was running a workshop on Langkawi Island. Ummi is a natural dye artist based in KL, Port Dickson, and the UK. She reached out to us in March, telling us she would be having an art installation in Pasar Chow Kit, and that all the textiles displayed would be dyed using colors from waste collected around KL. We said YES without hesitation! Our first meeting was Ummi bringing us around Pasar Chow Kit, one of the most famous markets in the center of Kuala Lumpur. We also visited her studio in Port Dickson, where she does most of her work, and we followed her for two days while the exhibition was running in Pasar Chow Kit. It was amazing to see how people reacted to her art installation. There were vendors, passersby who had just finished shopping, cleaners, and of course Ummi’s longtime fans who came to visit her work. You could see the curiosity in their eyes; some questioned what the work was about, while others gave feedback on how they felt. This documentary took us three weeks to produce, and we hope you enjoy it. There will be more BTS videos coming soon. Once again, congratulations on the exhibition, @duniamotif . It was a huge success. #humanedition #humansofkl #pasarchowkit

♬ Bach unaccompanied cello suite “Prelude” – Jianteng

Adakan pameran di Pasar Chow Kit pamer hasil seni dari warna bahan buangan

Bukan hanya itu, baru-baru ini Ummi turut mengadakan pameran di Pasar Chow Kit untuk mempamerkan hasil seni yang telah dilakukannya. Malah dia turut meletakkan beberapa elemen ikonik di Malaysia seperti kain rentang menjual buah berangan di Petaling Street, tuala ‘good morning’ yang sering digunakan masyarakat dan banyak lagi.

Di ruangan kapsyen Shi Han turut memaklumkan dia berkesempatan untuk melawat studio tempat Ummi berkarya iaitu di Port Dickson.

Ummi juga ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa bahan buangan daripada sisa makanan ini sebenarnya boleh diinovasikan menjadi sebagai satu barangan lain seperti pakaian, cadar, langsir serta banyak lagi.

“Sungguh mengagumkan apabila dapat melihat reaksi orang ramai terhadap hasil seni yang dipamerkan. Ada peniaga, orang awam yang mungkin baru selesai membeli belah, pencuci serta peminat Ummi yang datang untuk melawat hasil kerjanya (Ummi).

“Anda boleh melihat di mata mereka apabila ada yang bertanya tentang hasil kerja ini serta maklum balas yang diterima mengenainya,” kata Shi Han di kapsyen.

Jelas Shi Han, dokumentari mengenai hasil kerja Ummi ini memakan masa selama tiga minggu untuk disiapkan.

Melihat di ruangan balas, ramai yang kagum dengan hasil inovasi yang dilakukan oleh Ummi.

“Dia cantik dan pandai. MasyaAllah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.