Keropok Lekor Meletup Hingga Ada Yang Terbang ‘Melekat’ Pada Siling Buat Ramai Terhibur [Video]
Menurut Hannah, insiden itu berlaku ketika dia sedang menggoreng dan mahu mengangkat keropok lekor daripada kuali.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Keropok Lekor merupakan makanan tradisional yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan antara makanan ‘signature’ negeri Terengganu selain daripada nasi dagang.
Menu yang berasaskan daripada ikan itu sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya ketika minum petang. Lazimnya, keropok itu akan digoreng terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
Namun, menggoreng keropok lekor kadangkala boleh mendatangkan bahaya kepada individu. Ini kerana hidangan itu boleh meletup ketika digoreng.
Keropok Lekor Meletup Hingga Ada Yang Terbang Melekat Pada Siling
Begitulah juga yang dihadapi oleh seorang wanita ketika menyediakan menu tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @mummyhannahyasmin, wanita itu berkongsi kisah lucunya ketika menggoreng keropok lekor.
Menurut Hannah, ketika dia sedang menggoreng dan mahu mengangkat keropok itu dari kuali, secara tiba-tiba keropok lekor itu meletup.
Apa yang menjadi perhatian adalah salah satu keropok lekornya itu meletup sehingga melekat pada siling rumah.
Malah, ada beberapa keropok lekor yang telah digoreng turut kelihatan bertaburan pada lantai dapurnya.
Kejadian itu nyata mengejutkan Hannah yang sama sekali tidak menyangka keropok lekor yang digoreng boleh meletup dan terbang sejauh itu.
“Aku ni tengah goreng keropok lekor tau. Tengah-tengah angkat, tiba-tiba satu keropok meletup ke arah Coway.
“Angkat lagi pom meletop sampai melekat atas bumbung. Taubat dah nak goreng keropok,” tulisnya menerusi video berkenaan.
Hantaran Tarik Perhatian Warganet
Perkongsian Hannah nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata terhibur melihat sebahagian keropok lekor yang digorengnya melekat pada siling rumah.
Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama apabila keropok yang digoreng turut meletup.
Namun, ada warganet yang berkongsikan tips bagi menggoreng keropok lekor agar tidak berlaku perkara sedemikian.
Tips Goreng Keropok Lekor
Tahukah anda? Ada individu yang pernah melecur teruk gara-gara kerepok lekor yang digorengnya meletup sehingga minyak yang digunakan pada ketika itu terkena pada wajah dan anggota badan.
Tapi jangan bimbang kerana ada caranya untuk elakkan daripada ia berlaku. Berikut kami kongsikan langkah bagi elakkan keropok lekor meletup sewaktu digoreng:
- Keropok lekor perlu dipotong serong dan dibelah sedikit pada bahagian tengah keropok yang hendak digoreng
- Kuantiti minyak jangan terlalu banyak daripada keropok
- Masak dengan menggunakan api yang kecil
- Minyak jangan terlalu panas walaupun saiz api pada ketika itu kecil
- Elakkan daripada masak keropok lekor frozen. Biarkan keropok lembut dengan sendirinya untuk beberapa jam.
Berikut antara komen warganet:
“Kena Belah Sikit Keropok Tu, Kalau Tak Belah, Memang Meletup Gitulah”
“Saya Pernah Meletup Sampai Ke Muka, Kawan Siap Pergi Klinik Sebab Melecur”
“Saya Jujur Memang Trauma Nak Goreng Keropok Lekor, Pernah Meletup Minyak Panas Terpecik Kena Kawasan Mata”
“Sebabkan Kejadian Inilah Tangan Kita Berparut Sampai Sekarang”
“Saya Pun Takut Nak Goreng, Biasa Suruh Suami Je Gorengkan”
“Guna Air Fryers Pun Mudah, Spray Dengan Minyak Sikit”
“Sampai Sekarang Masih Standby Tudung Periuk Kalau Nak Goreng Keropok Lekor, Sebab Setiap Kali Goreng Asyik Meletup Je”
Baca Artikel Berkaitan: “Celuplah Tepung Dulu Bang”- Peniaga Terjatuh Telefon Dalam Periuk Minyak Panas Buat Ramai Ketawa [Video]