fbpx
Now Reading
Lelaki Puji Tindakan PBT Serbu Kedai Aksesori Telefon Bimbit Yang Didakwa Tempat Judi

Lelaki Puji Tindakan PBT Serbu Kedai Aksesori Telefon Bimbit Yang Didakwa Tempat Judi

Dakwa lelaki berkenaan, premis tersebut kononnya menjual aksesori ‘telefon bimbit’ namun ia sebenarnya adalah pusat perjudian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui tidak semua negeri membenarkan perniagaan aktiviti perjudian beroperasi. Namun ada juga yang membenarkan dengan syarat perlu mendapatkan permit dan lesen yang sah dari pihak berkuasa.

Pun begitu masih ada segelintir peniaga yang berdegil dan menjalankan aktiviti perjudian secara sorok-sorok.

Antaranya mereka membuka kedai yang kononnya menjual barang atau produk namun di bahagian operasinya menjalankan aktiviti perjudian.

Lelaki puji pihak berkuasa serbu premis perjudian

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan sebuah premis menjual dan membaiki telefon bimbit yang didakwa dijadikan sebagai tempat perjudian diserbu oleh pihak berkuasa tempatan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @rettotv, perakam yang dipercayai seorang lelaki telah memuji tindakan pihak berkuasa yang dipercayai menyerbu premis berkenaan.

Didakwa konon jalankan perniagaan jual aksesori telefon bimbit tetapi di belakang tempat perjudian

Dakwa lelaki berkenaan premis tersebut adalah pusat perjudian dan menjalankan perniagaan menjual aksesori telefon bimbit bagi mengaburi mata orang awam dan pihak berkuasa.

“Haa ini macam geng, ini macamlah kerajaan buat kerja nampak.

“Ini pusat judi geng, dia orang ni berlakon je jual-jual aksesori (telefon bimbit) ni.

“Ha terbaik ini macam, inilah yang kita nak. Merosakkan orang Islam kita main judi. Mantaplah bang (pihak berkuasa). Terbaiklah, majlis,” dakwanya dalam video tersebut.

Kejadian berlaku di Johor

Di ruangan komen Rettotv memaklumkan kejadian itu berlaku di sekitar Taman Universiti, Skudai, Johor dan mendakwa sebelum ini sudah banyak laporan mengenai premis itu dibuat.

Meskipun ada yang prejudis namun Rettotv memaklumkan pihak berkuasa bertindak sedemikian selepas mendapat aduan awam.

Melihat di ruangan komen ramai juga yang mendakwa terdapat banyak premis yang melakukan perkara sama.

Video perkongsian lelaki berkenaan turut menjadi tular di laman X (Twitter).

“Judi, arak, zina bukan je merosakkan orang Islam. Ia merosakkan seorang manusia, ayah, suami anak…”

“Terbaik bro kasi up”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.