fbpx

“Fasiliti Macam Kolej Swasta “- No. 1 Untuk SPM 2023, Maahad Tahfiz Negeri Pahang Jadi Perhatian [Video]

Ramai sifatkan fasiliti yang dimiliki oleh sekolah tersebut seperti kolej swasta malah ia turut mempunyai sukan berkuda yang umum mengetahui memakan kos yang mahal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berakhir sudah debaran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 apabila keputusan peperiksaan diumumkan pada 27 Mei lalu.

Seramai 11,713 calon SPM pada tahun 2023 telah diumumkan mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat Gred A+, A serta A- dalam semua pelajaran.

Ekoran itu, telah tular satu hantaran di media sosial yang memaparkan senarai 20 sekolah yang mencapai keputusan terbaik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS).

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah sekolah yang berada di tempat pertama adalah Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan jumlah GPS 1.070.

Penempatan sekolah swasta terbabit di tempat pertama secara tidak langsung telah mengalahkan beberapa sekolah berasrama penuh seperti Sekolah Sultan Alam Shah dan juga Kolej Tunku Kurshiah serta banyak lagi.

Tular video memaparkan fasiliti Maahad Tahfiz Negeri Pahang selepas dapat tempat pertama

Senarai tersebut membuatkan ramai kagum dan mula membuat semakan tentang Maahad Tahfiz Negeri Pahang untuk mengetahui bagaimana mereka boleh mendapat tempat pertama dalam keputusan SPM 2023.

Bukan hanya itu, turut tular satu video di laman X memaparkan fasiliti yang dimiliki oleh sekolah berkenaan yang cukup mewah serta selesa buat para pelajar.

Menerusi video tersebut, ia turut menunjukkan fasiliti di beberapa makmal sains, komputer dan juga perpustakaan.

Malah ia turut menunjukkan sekolah berkenaan mempunyai dewan auditorium yang sangat besar dan luas. Bukan hanya itu, kelengakapan seperti kerusi yang digunakan dalam dewan terbabit persis seperti dewan kuliah di universiti atau pejabat.

Turut ada sukan berkuda dan memanah

Apa yang menarik perhatian lagi, ia juga menawarkan sukan yang menarik seperti berkuda, memanah, renang, golf, bola sepak, termasuklah bola jaring.

Video perkongsian memaparkan fasiliti di sekolah berkenaan secara tidak langsung membuatkan ramai kagum serta menyifatkan ia seperti kolej swasta.

Malah ramai yang sanggup untuk membayar jumlah yang mahal untuk kebajikan anak-anak sekiranya mereka memasuki sekolah tersebut.

Ada juga yang berpendapat fasiliti mewah dan lengkap yang ada di sekolah tersebut lebih baik daripada universiti mereka.

“Rumusannya, bila kita libatkan tuhan, nescaya tuhan akan berikan ganjaran yang diberkati. Di samping menjadi cerdas dan cergas seiring dengan aktiviti yang diperuntukkan.”

“Kalah terus universiti aku, tapi serius tahniah kepada semua yang fokus dan melabur untuk maahad. Memang layak betul dia dapat top sekolah terbaik tu. Tengok kualiti persekitaran dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.