“Job Hopping Is Fine” – Wanita Beri Pandangan Tentang Lompat Kerja Raih Perdebatan Ramai [Video]
Bagaimanapun seseorang pekerja itu perlulah melompat kerja dengan cara yang baik agar tidak meninggalkan tempat kerja lama dengan impresi yang buruk.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, pelbagai cara yang digunakan untuk seseorang pekerja itu menaikkan gajinya seperti meningkatkan prestasi, meminta kenaikan pangkat dan berpindah ke syarikat yang lain.
Bagaimanapun, ada juga pekerja yang bertindak melakukan lompat kerja atau ‘job hopping’ untuk menaikkan gajinya selain mencari pengalaman di tempat yang lain.
‘Job hopping’ merupakan amalan menukar pekerjaan dengan kerap, biasanya dalam tempoh yang singkat seperti setiap satu hingga dua tahun, namun ia terkadang dilihat sebagai sesuatu yang negatif untuk diamalkan.
Wanita beri pandangan lompat kerja bukan sesuatu yang salah untuk dilakukan
Pun begitu, baru-baru ini seorang wanita yang dikenali sebagai Fina Suhaimy menyatakan pandangannya mengenai lompat kerja yang bukanlah sesuatu yang salah untuk dilakukan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @finasuhaimy, Fina berkata terdapat kebaikan ‘job hopping’ seperti boleh membina lebih banyak hubungan dan jaringan kerja dengan pelbagai pihak.
Perlu lompat kerja dengan cara yang baik
Menurutnya, bagaimanapun seseorang pekerja itu perlulah melompat kerja dengan cara yang baik agar tidak meninggalkan tempat kerja lama dengan impresi yang buruk.
“Melompat kerja itu satu benda yang okay untuk dibuat, kita ini manusia, kita nak belajar banyak benda, kita perlukan ‘increment’ dan kita perlukan banyak faedah dalam pekerjaan.
“Kalau awak nak lompat kerja, silakan lompat jangan dengar cakap orang, tapi nanti bila awak dah masuk ‘senior level’ mungkin tak boleh lah kerap sangat sebab masa itu sudah tentu awak dah ada satu kepakaran yang awak rasa nak buat sampai pencen,” katanya.
Boleh jadi calon rujukan kepada syarikat lain
Menurutnya lagi, antara kebaikan melompat kerja adalah boleh menjadi calon rujukan kepada syarikat-syarikat yang lain apabila mempunyai hubungan kerja yang baik.
“Jangan risau, jadilah katak. Katak itu tidak bersalah dan anda juga tidak bersalah untuk melompat-lompat seperti katak untuk pergi tempat kerja yang lain,” katanya lagi.
Sekadar info, Fina yang memiliki lebih 4,000 pengikut di TikTok sememangnya sering memuat naik konten berhubung perjalanan kerjaya dan fasa menjadi dewasa.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang setuju dan tidak setuju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas mendengar penjelasan Fina.
Ada yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan olehnya dan ada juga yang berpandangan sebaliknya.
Malah, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka yang telah melompat kerja dan tangga gaji yang diraih sekarang hasil daripada membuat perkara itu.
Bagaimana pula dengan anda? Lompat kerja sesuatu yang bagus atau tidak? Bincangkan…