“Kalah Perempuan”- Gelagat Lelaki & Keluarga Pakai Face Mask Sebelum Majlis Kahwin Curi Perhatian [Video]
Menerusi video berkenaan, kelihatan bukan hanya pengantin lelaki yang memakai mask tetapi pengapit serta ahli keluarga lain turut tidak ketinggalan memakainya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu yang ingin membina perkahwinan pasti akan membuat persiapan diri sebelum tibanya hari bahagia.
Walau bagaimanapun, kebiasaannya golongan wanitalah yang akan membuat persiapan diri seperti membuat rawatan kulit, berurut, melakukan mandian di spa serta banyak lagi.
Kesemua perkara ini dilakukan adalah bertujuan untuk kelihatan cantik ketika di hari bahagia.
Sekumpulan individu buat persiapan diri sebelum majlis kahwin
Namun siapa sangka aktiviti sebegini turut dilakukan oleh sekumpulan individu yang dipercayai Groom’s men daripada pengantin lelaki yang tidak ketinggalan apabila mereka juga mencantikkan diri dengan memakai topeng (mask) muka .
Difahamkan mereka memakai mask tersebut sebagai persiapan untuk majlis perkahwinan pengantin lelaki pada keesokan harinya.
Pengapit dan keluarga tak ketinggalan turut serta pakai mask muka
Menerusi video yang dimuat naik Amara Johari di TikTok, awalnya kelihatan beberapa orang lelaki sedang duduk sambil memakai sesuatu di muka masing-masing sambil bermain telefon.
Malah perakam turut menunjukkan pengantin yang memakai kertas berwarna putih yang berfungsi untuk membuang bintik hitam dan putih (pore straps) di muka.
Apa yang lebih menarik perhatian tidak hanya pengantin lelaki membuat persiapan tetapi pengapit serta ahli keluarga juga turut serta memakai mask berwarna merah jambu.
Mereka juga kelihatan gembira dan teruja apabila memakai mask muka berkenaan.
Siap tolong sapukan mask berwarna hijau kepada pengantin
Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh Amara turut menunjukkan seorang lelaki iaitu saudara kepada pengantin lelaki turut membantu bakal raja sehari memakai mask muka yang lain.
Malah dapat dilihat di dalam video pengantin lelaki berbaring di atas lantai manakala saudaranya meletakkan mask muka berwarna hijau ke seluruh wajahnya.
Manakala seorang lagi lelaki memerhati setiap tindak-tanduk saudaranya, perkara itu secara tidak langsung menunjukkan seolah-olah mereka berada di spa namun hanya dilakukan di rumah sahaja.
Ramai terhibur lihat pengantin lelaki buat persiapan muka sebelum majlis
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dan mengatakan mereka comel apabila melihat perkara tersebut membuat persiapan kerana ia adalah sangat jarang buat golongan lelaki.
Walau bagaimanapun menurut Amara di ruangan komen, kesemua lelaki berkenaan sememangnya tahu tentang penjagaan kecantikan. Malah memaklumkan mereka sering memakai mask pada setiap minggu.