Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sememangnya gemar melayan pelbagai drama antarabangsa terutamanya dari Korea Selatan, Indonesia, Thailand, dan India.
Pun begitu, agak jarang untuk kita melihat rakyat berlainan bangsa di negara ini yang menonton drama Melayu.
Keluarga berbangsa India tonton layan drama ‘Aku Bukan Ustazah’
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah keluarga berbangsa India menonton drama ‘Aku Bukan Ustazah’ yang ditayangkan di TV3.
Perkara tersebut ditularkan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai ‘Anak Perempuan Muniad’ di akaun TikTok miliknya (@lalamun90).
Khusyuk duduk beramai-ramai tonton drama Melayu
Dalam video tersebut, wanita terbabit menunjukkan keluarganya yang sedang duduk beramai-ramai di ruang tamu sambil khusyuk menonton drama terbabit.
“Lepas majlis kita layan drama, tak kira apa bangsa ye. Melayan juga drama ‘Aku Bukan Ustazah’ ni,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga melihat drama tersebut menerusi aplikasi Tonton untuk menonton episod lebih awal.
Ramai terhibur lihat gelagat keluarga terbabit fokus layan drama Melayu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat keluarga tersebut yang begitu fokus menonton drama lakonan Erysha Emyra dan MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin.
Malah, segelintir netizen juga berkongsi rakan-rakan mereka yang berlainan bangsa menonton setiap episod drama melayu yang dimainkan di kaca televisyen.
Tidak hanya itu, ada juga yang berseloroh mendakwa selama ini bukanlah sesuatu kesalahan sekiranya mereka meminati drama Tamil.