fbpx
Now Reading
Korea Utara Hantar Ratusan Belon Berisi Sampah & Najis Haiwan Ke Korea Selatan

Korea Utara Hantar Ratusan Belon Berisi Sampah & Najis Haiwan Ke Korea Selatan

Menurut laporan itu, sekitar 260 belon telah dikesan pada 29 Mei berkenaan jatuh ke atas tanah di sekitar Korea Selatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui belon merupakan salah satu alat mainan yang disukai oleh kanak-kanak.

Malah belon juga sering dijadikan perhiasan untuk pelbagai sambutan dan sebagainya.

Lebih 200 belon sampah serta najis haiwan diterbangkan

Namun berbeza dengan Korea Utara apabila dilaporkan telah melepaskan lebih daripada 200 belon yang membawa sampah dan juga najis haiwan yang merentasi kawasan demiliterisasi (DMZ) ke Korea Selatan lapor Mothership yang memetik Yonhap.

Selain sampah antara objek yang berada dalam belon yang jatuh ke negara berkenaan turut mengandungi kasut, botol plastik dan juga bateri. Walau bagaimanapun, tentera di sana sedang mengumpulkan objek-objek ini bagi tujuan pemeriksaan secara terperinci.

Lapor Reuters yang memetik Joint Chiefs of Staff (JCS) insiden itu dilaporkan belaku pada 29 Mei lalu apabila sekitar 260 belon telah dikesan jatuh ke atas tanah.

Belon turut jatuh di sawah pada, rumah hijau serta terbang sejauh 218 kilometer

Beberapa belon yang diterbangkan itu turut dijumpai jatuh di kawasan sawah padi, rumah hijau plastik dan juga diantara kabel tiang utiliti.

Menurut laporan Mothership lagi, belon terbabit turut dilihat terbang sejauh 218 kilometer dari selatan Seoul iaitu di bandar Geochang.

Menerusi laporan JCS, ia adalah belon yang terbanyak pernah dihantar ke Korea Selatan dibandingkan pada tahun 2016 dan 2018.

Tindakan Korea Utara itu turut mendapat kritikan daripada JCS dan mendakwa ia telah menlanggar ‘undang-undang antarabangsa’ dan mengancam keselamatan rakyat Korea Selatan.

“Kami memberi amaran tegas kepada Korea Utara untuk menghentikan tindakan tak berperikemanusiaan,” jelas JCS.

Selain itu pihak JCS turut menasihati penduduk untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti tentera dan polis berdekat jika mendapati belon terbabit, selain turut tidak membenarkan rakyat untuk menyentuh objek tersebut.

Bukan hanya itu, pihak mereka juga bekerjasama dengan pihak polis serta kerajaan termasuk Perintah PBB yang menyelia aktiviti di zon untuk mengeluarkan langkah keselamatan DMZ yang memisahkan Korea Utara dan Selatan.

Belon dihantar adalah satu provakasi berbahaya

Belon tersebut dihantar ke negara berkenaan selepas Korea Utara memberi amaran bahawa pihaknya akan memberi tindak balas terhadap risalah anti-Pyongyang yang sebelum ini dihantar oleh aktivis Korea Selatan.

Menurut BBC, pada awal bulan lalu aktivis dari Korea Selatan menyatakan telah menghantar sebanyak 20 belon yang membawa risalah anti-Pyongyang dan stik USB mengandungi lagi K-pop serta video muzik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.