fbpx
Now Reading
Lebih 1.2 Juta Tontonan, Jawapan Pekerja Offshore Bila Disoal Plan Ketika Bercuti Raih Pujian [Video]

Lebih 1.2 Juta Tontonan, Jawapan Pekerja Offshore Bila Disoal Plan Ketika Bercuti Raih Pujian [Video]

Kebanyakan warganet gembira dan memuji respon kesemua pekerja berkenaan yang dilihat mahu membahagiakan keluarga tercinta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dari bangku sekolah lagi, kita sering ditanya mengenai cita-cita atau pekerjaan yang diingini apabila besar nanti. Antara pekerjaan yang sering menjadi pilihan adalah doktor, guru, polis dan jururawat.

Jarang sekali kedengaran orang memilih untuk bekerja di lautan atau persisir laut (offshore).

Namun semakin menginjak usia, pilihan dan pandangan individu tentang kerjaya berubah mengikut kelayakan dan keperluan individu itu sendiri.

Pada masa kini, dapat dilihat bidang Minyak & Gas (Oil & Gas) turut menjadi antara pilihan bagi segelintir individu dalam mencari sumber pendapatan.

Walaupun gaji yang ditawarkan dalam bidang ini agak lumayan, namun ada pengorbanan yang perlu dibuat.

Ini kerana rata-rata pekerja offshore perlu turun ke laut dan meninggalkan keluarga untuk tempoh yang agak lama. Namun, kebiasaannya tempoh cuti yang diberikan juga agak lama.

Pekerja Mahu Bawa Keluarga Bercuti, Ada Yang Mahu Belikan Hadiah

Menerusi video yang dikongsikan oleh @amaliahmad2593, kelihatan beberapa pekerja offshore yang juga merupakan rakan-rakanya ditemubual tentang rancangan atau program apabila mereka bercuti nanti.

Apa yang menjadi perhatian adalah respon rakan-rakannya itu yang teruja dan sudah merancang untuk membawa keluarga pergi bercuti.

Ada yang memilih untuk bercuti ke Cameron Highlands dan Gambang Pahang, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur untuk meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

Malah, ada juga di antara rakannya itu yang mahu menghadiahkan sesuatu buat yang tersayang sebaik mereka naik ke darat.

“Saya nak bawa isteri beli emas, nak bawa emak saya beli emas,” kata salah seorang rakannya.

@amaliahmad2593

Balik ning..tolong tuntut ye wahai para isteri🤣🤣 #fypシ #setia #setiaitumahal #offshorelife🌊 #offshore #cutie @NjmiHakimi @Nur Atika Ramli @Serol Adam @pokteh6889 @Mek na @jerulll94 @Khai jambu @Kingfadino98 @Onesyazwan88

♬ suara asli – FANSNYAGAMMAONE

Respon Raih Perhatian Warganet

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.2 juta itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata netizen gembira dan memuji respon kesemua pekerja berkenaan.

Ini kerana semua jawapan yang diberikan oleh pekerja offshore itu dilihat memberi gambaran mereka mengutama dan mahu membahagiakan keluarga tercinta.

Malah, ada warganet turut menitipkan pesanan kepada ahli keluarga mereka agar menghargai penat lelah pekerja-pekerja ini yang berkorban dan bekerja keras bagi mencari nafkah.

Berikut antara komen warganet:

“Paling Rare Yang Nak Tanya Bini Nak Beli Emas Besar Mana, Terbaik”

“Harap-Harap Bini Ni Setia La, Sedih Dengar Encik Suami Ingat Anak Bini”

“Balik Tanya Bini Nak Emas Besar Mana Tu Paling Syok”

“Saya Sebagai Persatuan Isteri Tumpang Gembira, Senyum Je Tengok Video Ni, Semoga Allah Luaskan Rezeki”

“Jiwa Seorang Lelaki Bertanggungjawab, Nak Bahagiakan Family”

“Bagus Semuanya, Mostly Fikir Anak Bini Nak Bawa Jalan-Jalan”

Baca Artikel Berkaitan: “Tenang Betul!” – Reaksi Wanita Dapat Kejutan Motosikal Daripada Suami Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terharu Lihat Lelaki Buat Persediaan Sambut Anniversary Untuk Isteri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Modal RM12,000, Suami Jahit Telekung Bertatah Swarovski Buat Isteri Sempena Sambut Ramadan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.