fbpx
Now Reading
Ramai Bimbang Lihat Pasangan Menari Atas Kereta Pesona, Siap Pakai Kasut Tumit Tinggi [Video]

Ramai Bimbang Lihat Pasangan Menari Atas Kereta Pesona, Siap Pakai Kasut Tumit Tinggi [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan wanita yang menari di atas kereta Persona itu memakai kasut tumit tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan setiap individu mempunyai minat yang tersendiri dalam pelbagai perkara contohnya menari, menyanyi serta banyak lagi.

Malah dengan adanya platform media sosial ramai yang mengambil kesempatan tersebut untuk menunjukkan bakat mereka kepada khalayak ramai.

Bukan hanya itu, ada juga yang memuat naik hantaran sekadar konten untuk menghiburkan hati pengguna media sosial. Walau bagaimanapun tidak dinafikan ada juga segelintir yang memuat naik konten yang tidak sepatutnya sehingga mendapat kritikan dari orang ramai.

Tular video pasangan menari atas kereta

Baru-baru ini, tular satu video di laman X yang memaparkan aksi dua individu sedang menari sehingga mendapat kritikan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik awalnya kelihatan sebuah kereta jenis Proton Pesona telah parkir di lorong sebuah jalan besar dipercayai di Sabah.

Dalam video itu kelihatan, seorang wanita sedang berdiri di atas bonet hadapan sebelum datang seorang lelaki dari bahagian belakang.

Lip sync lagu hindustan sambil menari

Lelaki itu kemudian berjalan dari bonet belakang sehingga ke atap kereta jeni Proton Pesona sambil menyanyi ‘lip sync’ lagu hindustan yang bertajuk Humko Humise Chura Lo yang terkenal dari filem Mohabbatein.

Lelaki itu kemudian berjalan sehingga ke bonet hadapan lalu memegang tangan wanita berkenaan dan menari bersamanya.

Siap menari pakai kasut tumit tinggi

Namun apa yang menarik perhatian lagi, wanita tersebut menari di atas kereta dengan menggunakan kasut bertumit tinggi.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai mengkritik video berkenaan dan bimbang jika wanita terbabit tergelincir semasa menari kerana menggunakan kasut tumit tinggi.

Ada juga yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kerana kenderaan yang diletakkan itu menganggu lalu lintas.

“Dia pakai kasut tumit tinggi tu”

“Teringin buat filem ala-ala bollywood ke? Kemain eh”

“Dah lah tengah jalan kau parking”

View Comments (0)

Leave a Reply

┬ę 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.