
“Satu Peringatan Tu” – Festival Makanan Sebelah Kubur Undang Perhatian [Video]
Difahamkan, festival makanan yang dikenali sebagai ‘Jom Makan Food Festival’ diadakan pada 24 Mei hingga 2 Jun 2024 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa sahaja di dunia ini yang tidak suka pada makanan? Jika ditanya pada seseorang tentang makanan, pasti sudah terbayang hidangan atau menu kegemaran yang menjadi pilihan.
Sebagai orang yang suka makan dan mencuba menu yang baru, pesta atau festival makanan sering menjadi sasaran golongan ini.
Lazimnya, kebanyakan festival makanan di Malaysia akan diadakan di kawasan lapang bagi memudahkan pengunjung yang menghadiri festival itu.
Namun, berbeza pula dengan penganjuran sebuah festival makanan ini yang diadakan bersebelahan tanah perkuburan.
Festival Makanan Sebelah Kubur Undang Perhatian
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @someylote, wanita berkenaan telah datang ke sebuah festival makanan yang dipercayai diadakan di Masjid Kota Raja Klang, Selangor.
Apa yang menjadi perhatian adalah tapak festival itu yang terletak betul-betul bersebelahan tanah perkuburan.
“Benda dah sampai, kita enjoy je la,” tulis wanita berkenaan menerusi ruangan kapsyen.
@someylote benda pun dah sampai hmm enjoy jela 🤣🤣#foodfestival #klang
♬ Funny – Gold-Tiger
Difahamkan, festival makanan yang dikenali sebagai ‘Jom Makan Food Festival’ diadakan bermula 24 Mei hingga 2 Jun 2024 pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok yang lain @jommakanofficial, tapak festival berkenaan sebenarnya terletak di luar masjid yang juga bersebelahan tanah perkuburan tersebut.
@jommakanofficial hanya manusia biasa yang ingin mengajak semua warga Klang dan berdekatan untuk meriahkan Masjid Kota Raja Klang😊 Inshaallah sepanjang 10 hari kami disini akan ada pelbagai aktiviti mesra keluarga serta ceramah👍 dan kami ingin menggalakkan semua orang berdekatan untuk penuhkan Masjid Kota Raja Klang😁 #food #foodfest #event #meriahkanmasjid #foodie #rabbani #fy #jommakan #jommakanfoodfest #foodfestontiktok #halalfoodfestival #fypシ
♬ Music Islami – R22 Music
Video Tarik Perhatian Netizen
Video yang telah mendapat tontonan lebih 170 ribu itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka terkejut dan tidak menyangka ada festival makanan diadakan bersebelahan di tanah perkuburan hingga ada yang mempersoalkan kenapa tidak dibuat di lokasi yang lebih sesuai.
Malah, ada warganet yang berseloroh mendakwa festival makanan itu diadakan di kawasan sedemikian sebagai tanda peringatan buat pengunjung yang hadir.
Namun, ada juga warganet memasang niat mahu hadir ke festival tersebut tapi membatalkannya kerana sedih disebabkan terdapat ahli keluarga yang disemadikan di situ.
Berikut antara komen warganet:
“Dah Pergi Semalam, Depan Pintu Masuk Tulis Tanah Perkuburan, Anak Tanya Siapa Meninggal”

“Kenapa La Tak Buat Dekat Padang Bola Atau Tapak Lapang”

“Anak Ajak Pergi, Dia Kata Boleh Singgah Kubur Ayah, Jumpa Ayah Lepastu Pergi Makan”

“Dia Gini, Food Festivalkan So Dia Buat Ingatan, Makan Tu Berpada-Pada”

“Baru Betul Seimbang, Dalam Seronok Dengan Hal Dunia Kena Ingat Kematian”

“Saya Datang Tadi Pun Saya Terkejut, Takut Malam-Malam Ada Yang Tengok Kita Bersuka Ria”

“Salah Satu Masjid Yang Aktif Buat Aktiviti, Bagus Masjid Ini”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival
Baca Artikel Berkaitan: Food Festival Buat Jalan Sesak? Doktor Terpaksa Call Ambulans Minta Ambil – “Pesakit Nak Bersalin” [Video]