fbpx
Now Reading
“You’re In The Right Country” – Mat Saleh Puji Malaysia Bebas Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin [Video]

“You’re In The Right Country” – Mat Saleh Puji Malaysia Bebas Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin [Video]

Lelaki warga Britain itu menyatakan Malaysia antara negara yang tidak menghalang rakyatnya untuk bersuara dan menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, kebanyakan orang di serata dunia sudah mula membuka mata dan menyedari tentang kezaliman yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah Semenanjung Gaza.

Maka, tidak hairanlah jika sekarang ini pelbagai kempen dan gerakan yang dilakukan untuk memboikot jenama-jenama dan para selebriti yang menyokong rejim Zionis serta tidak menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Malaysia juga merupakan antara negara yang begitu lantang bersuara mengenai Palestin, dari pemimpin atasan sehinggalah ke rakyat yang memasang bendera atau kain rentang mengenai isu tersebut.

Mat Saleh puji Malaysia bebas tunjuk sokongan terhadap Palestin

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki warga Britain yang menetap di Langkawi memberi pujian terhadap Malaysia kerana rakyatnya diberikan kebebasan untuk menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @greggetseverywhere, lelaki yang dikenali sebagai Greg Larcombe itu menunjukkan sebuah restoran di Langkawi memasang dua kain rentang mengenai isu negara bergolak itu.

Kain rentang tidak dipaksa untuk diturunkan, hanya dibiarkan

Larcombe yang berusia 39 tahun itu menyatakan kain rentang terbabit hanya dibiarkan sahaja dan tidak dipaksa untuk diturunkan seperti beberapa negara-negara lain.

“Awak tahu awak berada di restoran yang betul, tempat yang betul, negara yang betul bila awak melihat ini.

“Benda ini (kain rentang) tidak diturunkan kerana orang dan kerajaan di sini bersetuju dengan perkara ini (sokong Palestin),” katanya.

2 kain rentang puji Palestin dan kutuk kekejaman rejim Zionis

Dalam video tersebut, dua kain rentang itu menunjukkan sokongan terhadap Palestin dan mengecam kekejam tentera Israel.

“Bersyukur berada di Malaysia, sebuah negara yang berada di pihak yang benar dalam sejarah. Tahniah juga buat para peniaga yang melakukan perkara sebegini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@greggetseverywhere

So blessed to be in Malaysia, a country on the right side of history. And kudos to business owners like this one. #langkawi #malaysia #malaysiatiktok #restaurant #goodpeople #solidarity

♬ HIND’S HALL – Macklemore

Netizen pakat beri pujian, siap ada pelancong asing tak sabar datang Malaysia

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian terhadap lelaki itu yang turut menunjukkan sokongannya terhadap Palestin.

Malah, ada juga segelintir orang luar negara yang menyatakan perasaan tidak sabarnya untuk bercuti di negara ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.