fbpx
Now Reading
Paksa Anak 4 Tahun Makan Cili Hingga Maut, Lelaki Di Singapura Dipenjara 8 Bulan

Paksa Anak 4 Tahun Makan Cili Hingga Maut, Lelaki Di Singapura Dipenjara 8 Bulan

Hasil bedah siasat mendapati kematian si kecil berpunca akibat tercekik dan halangan pada saluran pernafasan akut oleh objek asing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain mencari nafkah, bapa berperanan dalam melindungi keluarga khususnya anak tersayang daripada perkara yang berbahaya.

Malah, bapa juga turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak menjadi insan berguna pada masa hadapan.

Lain orang, lain cara didikannya. Ada yang mengambil pendekatan lembut dalam mengajar anak. Ada juga yang tegas dan menggunakan kekerasan dalam membentuk peribadi mereka.

Namun, cara yang tegas dan keras kadangkala boleh menyebabkan kecederaan kepada anak malah yang lebih teruk sekiranya ia menyebabkan kematian.

Bapa Dipenjara 8 Bulan Kerana Paksa Anak Makan Cili

Gara-gara mahu mendisiplinkan anak, seorang lelaki berusia 38 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh mahkamah Singapura.

Ini selepas dia mengaku bersalah kerana menyebabkan kematian anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Dalam kejadian yang berlaku pada 22 Ogos 2022 di sebuah flat yang terletak di Sengkang Singapura, lelaki berkenaan didakwa tidak puas hati dengan anak lelakinya yang menipu berkenaan perbuatan membuang air besar.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit sedang menjalani latihan ke tandas dan mangsa perlu memberitahu jika mahu membuang air.

Perbuatan bohong anaknya itu menyebabkan lelaki berkenaan bertindak memaksa mangsa makan cili dengan memasukkan hujung cili ke dalam mulut anaknya sebagai cara untuk mendisiplinkan kanak-kanak itu.

Namun, tindakan lelaki itu membawa padah apabila kanak-kanak itu tercekik hingga menyebabkan mangsa pengsan.

Mangsa cuba diselamatkan oleh bapanya itu dengan cara cuba mengeluarkan cebisan cili dalam mulut namun gagal.

Dia kemudian meminta isterinya menelefon Ambulans untuk membawa mangsa ke klinik berhampiran setelah menyedari tiada respon daripada mangsa walaupun isterinya itu telah membuat Heimlich Maneuver.

Walau bagaimanapun, doktor yang merawat kanak-kanak itu menyedari mangsa telah tidak sedarkan diri dan tiada nadi ketika di bawa ke klinik.

Doktor berkenaan kemudian meminta pekerjanya menelefon Ambulans untuk membawa mangsa ke hospital berdekatan.

Pegawai perubatan yang tiba segera melakukan bantuan asas hayat (CPR) kepada kanak-kanak tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Besar Sengkang.

Namun, ia sudah terlambat apabila kanak-kanak malang itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 3.10 petang.

Kematian Berpunca Wujud Halangan Pada Saluran Pernafasan

Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat halangan pada saluran pernafasan akut oleh objek asing.

Malah, cebisan cili yang berukuran 10mm X 15 mm X 8mm turut ditemui pada saluran pernafasan mangsa.

Peguam Bela Mohon Hukuman Diringankan Atas Alasan Suspek Telah Menyesal

Timbalan Pendakwa Raya Sheldon Lim meminta agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara bagi tempoh sembilan bulan hingga setahun terhadap lelaki itu.

Walau bagaimanapun, peguam bela Taufiq Suraidi meminta agar hukuman diringankan atas alasan anak guamnya telah menyesal dan merasa bersalah dengan perbuatan tersebut.

Jelas Taufiq, anak guamnya merupakan seorang yang mementingkan keluarga dan bukanlah seorang bapa yang suka mendera anak.

Ini kerana perbuatan suspek yang hanya memasukkan cebisan cili ke dalam mulut mangsa dan cuba mengeluarkan cebisan tersebut selepas melihat keadaan mangsa jelas menunjukkan bahawa dia tiada niat membunuh anak lelakinya itu.

“Dia seorang lelaki setia dan mementingkan keluarga serta mengutamakan kepentingan anak-anaknya daripada kepentingannya sendiri.

“Semua ini menunjukkan bahawa niatnya dalam mendisiplinkan anaknya hanyalah untuk mengajarnya bahawa pembohongan bukanlah satu perbuatan yang harus dilakukan,” kata Taufiq.

Taufiq turut menjelaskan anak guamnya itu telah disahkan mengalami kemurungan serta pernah berniat untuk membunuh diri selepas tragedi terbabit.

Malah, lelaki itu dan pasangannya telah hadir ke program dan kelas berkaitan ibu bapa bagi memperbaiki diri.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan terhadap bapa mangsa.

Hakim Daerah Ong Hian Sun menyifatkan insiden itu sebagai satu kes yang menyedihkan.

“Ia boleh dielak jika anda tidak menggunakan kaedah sedemikian untuk mendisiplinkan anak anda.

“Cara atau apa-apa kaedah yang membahayakan mangsa tidak digalakkan dan sepatutnya harus dielak,” kata hakim lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Kejam! Bapa Bunuh & Tanam 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Anak Kandung, Kononnya Ritual Jadi Kaya

Baca Artikel Berkaitan: Pengasuh Cili Mulut Kanak-Kanak Sehingga Mati Hanya Dihukum Penjara 18 Bulan Je?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.