fbpx
Now Reading
“Penat Aku Belajar” – Lelaki Dakwa Sijil-sijil Di Sekolah Hanya ‘Agenda Y*hudi’ Terima Kecaman Ramai

“Penat Aku Belajar” – Lelaki Dakwa Sijil-sijil Di Sekolah Hanya ‘Agenda Y*hudi’ Terima Kecaman Ramai

Menurutnya, dia turut mendakwa sekolah yang dibina di seluruh dunia adalah untuk melahirkan pekerja-pekerja kepada Dajjal dan bukannya pemikiran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita pasti pernah menerima pelbagai sijil semasa di zaman persekolahan mahupun pengajian tinggi kerana meraih sesuatu kejayaan bukan?

Ada yang mendapat sijil penghargaan dan ada juga yang mendapat sijil pengiktirafan yang boleh disimpan sebagai kenang-kenangan mahupun rujukan di masa hadapan.

Lelaki dakwa sijil di sekolah adalah agenda Yahudi

Pun begitu, baru-baru ini seorang lelaki yang juga influencer telah mendakwa bahawa sijil-sijil terbabit merupakan agenda Yahudi.

Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @saadabiwaqas7, lelaki terbabit mendakwa sijil tersebut adalah bertujuan ‘untuk mengangkat manusia sebagai sembahan’.

“Pelajar cemerlang, pelajar terbaik, pelajar harapan adalah sebagai satu bentuk Dajjal mengangkat manusia sebagai Tuhan yang disembah.

“Sistem pendidikan ini akan mengangkat kehebatan dua manusia yang dipanggil ideologi (maksud ideologi adalah ‘aku tuhan’) sedangkan yang perlu diangkat hanya Allah Azzawajalla.

“Dan dikalungkan rantai-rantai dan sijil-sijil Freemason ke tengkuk (leher) anak-anak anda,” katanya.

Dakwa sekolah meliberalkan ibu bapa dan pelajar

Dakwanya, sekolah-sekolah yang memberi sijil serta pingat sedemikian telah meliberalkan para ibu bapa serta anak-anak mereka dengan membelakangi kitab-kitab Allah serta hukum yang Maha Esa.

“Hari ini, ibu bapalah yang menyahudikan, menasarokan dan memajusikan anak-anak mereka. Sistem pembelajaran barat dan sistem pemerintahan barat ini akan diperangi oleh Allah Azzawajalla melalui Al-Mahdi.

“Sebab itu Zaman Mat Kilau sekolah-sekolah ini dipanggil Gereja Pembangunan. Sains, Fizik, Matematik inilah ilmu pembangunan moden,” katanya lagi.

Dakwa sekolah di seluruh dunia hanya untuk melahirkan pekerja kepada Dajjal

Malah dia mendakwa sekolah yang dibina di seluruh dunia adalah untuk melahirkan pekerja-pekerja kepada Dajjal dan bukannya pemikiran.

Dia turut meminta orang ramai untuk memeriksa semula nama sekolah pertama yang ada di zaman Tanah Melayu.

Untuk carousel TikTok tersebut klik di sini.

Netizen tak setuju dan pakat kecam kenyataan lelaki terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan olehnya berkaitan sijil serta sekolah yang ada di Malaysia.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen turut mengecam lelaki itu kerana sesuka hati membuat tuduhan berat sedemikian terhadap sistem pendidikan dan sijil yang diterima para pelajar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.