Bukan Facelift, Ini Pembaharuan Proton X50 RC 2024 Yang Dilancarkan Hari Ini
Proton menjelaskan bahawa X50 baharu ini bukanlah facelift dan pembaharuan seperti yang dilakukan oleh Geely, namun ia akan tiba juga nanti dalam kitaran ‘hidup’ model tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas hampir empat tahun Proton memperkenalkan model X50 di Malaysia yang mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai, kini syarikat automotif nasional itu melancarkan pula X50 RC (Runing Change) 2024.
SUV segmen B yang diperbaharui dari Proton ini ditawarkan dalam varian yang sama iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship dengan harga bermula dari RM86,300 hingga RM113,300 tanpa insurans.
Harga, reka bentuk dan spesifikasi enjin masih sama
Menurut laman web Proton dipetik Paultan, harga ini tidak berubah daripada harga ketika X50 pertama kali dilancarkan pada tahun 2020 lalu. Bukan hanya harga, tetapi reka bentuk dan spesifikasi enjin juga sama seperti X50 yang sebelumnya.
Pelancaran ini sekali gus menoktahkan segala andaian dan teka-teki orang ramai sebelum ini yang menyangkakan Proton X50 2024 merupakan model ‘facelift’ sama seperti Geely Binyue Cool.
Syarikat automotif nasional itu turut menjelaskan bahawa X50 baharu ini bukanlah facelift dan pembaharuan seperti yang dilakukan oleh Geely, namun ia akan tiba juga nanti dalam kitaran ‘hidup’ model tersebut.
Proton X50 2024, apa yang berubah?
Apa yang berubah adalah asal usul enjin X50, sebelum ini enjin tiga silinder turbocharged yang diguna pakai oleh model ini diimport sepenuhnya dari China, namun kini ia dihasilkan secara tempatan di tapak pembuatan Proton di Tanjung Malim, Perak.
Bukan hanya itu, Proton turut membuat penambahbaikan terhadap pakej NVH (noise, vibrations and harshness) di lebih daripada 20 bahagian badan SUV segmen B ini.
Jenis tayar bagi varian Standard dan Executive X50 ini juga telah ditukarkan kepada Goodyear Triplemax Assurance 2 berbanding tayar sebelumnya iaitu Giti. Pun begitu, varian Premium dan Flagship pula masih mengekalkan jenis tayar yang sama iaitu Continental UltraContact UC6.
Skrin sentuh infotaiment bersaiz 10.3 inci dengan kelajuan 3 kali ganda
Meskipun reka bentuk kekal sama, Proton tetap membuat perubahan terhadap peralatan dalaman X50 RC ini. Kesemua varian akan dilengkapi skrin sentuh infotaiment berukuran 10.3 inci dengan unit pemproses dual quad-core dengan 2 GB RAM dan 64 GB storan.
Kemas kini pada ‘head unit’ ini juga menjadikan ia 3 kali ganda lebih laju berbanding sebelumnya selain turut dilengkapi dengan aplikasi Spotify. Apple Carplay dan Android Auto pula, akan diberikan nanti.
Lebih menarik lagi, kesemua varian juga akan didatangkan dengan kluster instrument digital berbanding sebelum ini ia hanya tersedia buat varian Premium dan Flagship sahaja.
Paparan kamera 360 darjah yang lebih jelas
Paparan kamera 360 darjah juga ditingkatkan dengan ketara mengikut maklum balas pelanggan di mana imejnya kini lebih jelas berbanding dahulu.
Terdapat juga pandangan ‘3D Live Feed’ di mana imej tiga dimensi kenderaan ditunjukkan untuk membantu pemandu semasa sedang bergerak.
Selain itu, X50 bagi varian Premium dan Flagship juga hadir dengan bonet automatik (powered tailgate) sebagai standard berbanding dahulu hanya dijadikan pilihan sahaja bagi mereka yang ingin menambahnya.
Pilihan warna pula boleh didapati dalam warna Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue dan warna terbaharu iaitu Passion Red bagi menggantikan warna lama iaitu Citric Orange.
Untuk maklumat lanjut klik di sini.