“Kurniaan Allah” – Lelaki 80 Tahun Timang Cahaya Mata Selepas 10 Tahun Penantian [Video]
Difahamkan, Ummi berusia 42 tahun manakala suaminya berusia 80 tahun dan mereka dikurniakan zuriat setelah 10 tahun menanti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi setiap pasangan suami isteri, anak merupakan penyeri dalam kehidupan rumah tangga. Oleh sebab itu, ada segelintir pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata berusaha tanpa henti dalam memperolehi zuriat.
Ada yang mengambil inisiatif dengan menggunakan kaedah seperti Inseminasi intrauterine (IUI) atau melalui persenyawaan in Vitro (IVF) dalam mendapatkan anak.
Ada juga yang menggunakan kaedah tradisional seperti mengurut serta mengamalkan petua yang diperolehi daripada orang-orang terdahulu.
Namun, segala usaha dan impian ini hanya akan menjadi realiti dengan izin daripada Allah SWT.
Timang Cahaya Mata Pada Usia 80 Tahun Selepas 10 Tahun Penantian
Dengan kuasa Allah, seorang lelaki berusia 80 tahun dikurniakan cahaya mata selepas menanti zuriat selama 10 tahun.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ummimakhapakyob, kelihatan suaminya sedang mengiqamatkan bayi perempuan yang baru lahir itu.
Menurut Ummi, cahaya mata yang dinantikan itu dilahirkan pada 31 Mei yang lalu di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh, Pulau Pinang.
“Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya umur 80 tahun, 9.30 malam hari Jumaat 31 Mei 2024 puteri kami dilahirkan,” tulis Ummi menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan, Ummi berusia 42 tahun manakala suaminya berusia 80 tahun dan mereka dikurniakan zuriat setelah 10 tahun menanti.
Menerusi video lain yang dimuat naik, kelihatan Ummi dan suaminya berkongsi gambar bersama puteri kesayangan mereka itu.
Ramai Sebak Lihat Video Lelaki Iqamatkan Anak
Video yang telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata sebak dan seakan tidak percaya dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada pasangan suami isteri itu.
Malah, ada di antara mereka yang juga sedang berusaha mendapatkan anak berdoa agar turut dikurniakan rezeki yang sama seperti mereka.
Ada juga warganet yang berusia lingkungan umur yang sama seperti Ummi turut berkongsi pengalaman sama dikurniakan anak sekitar usia tersebut.
Berikut antara komen warganet:
“Allahuakbar, Seronoknya. Saya Masih Menunggu Giliran Saya & Suami. Dah 11 Tahun Lebih”
“Berapa Umur Ibunya? Allahuakbar”
“Saya Umur 50 Tahun Baru Habis Pantang Hari Ini, Alhamdulillah Baby Girl”
“Doakan Saya & Suami Juga, 25 Tahun Masih Menharap & Menanti”
“Bapa Mertua Saya Pun Umur 70 Tahun Dapat Baby Tahun Lepas, Rezeki Allah Berikan Kesihatan Dapat Miliki Zuriat”
“Subhanallah, Kurniaan Dari Allah SWT, Tahniah Pakcik & Isteri”
“Allah Maha Kuasa, Jika Allah Berkehendak. Semoga Ada Rezeki Kami Dapat Zuriat”
Baca Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah Allah Dengar Doa”- 19 Tahun Menanti, Pasangan Suami Isteri Syukur Dikurnia Zuriat Pertama
Baca Artikel Berkaitan: 7 Tahun Sabar Menanti! Lelaki Sebak Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Taiyuddin Bakar & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama Setelah 9 Tahun Berkahwin [Video]