Lelaki Luar Negara Puji Sikap Jujur Rakyat Malaysia, Tak Curi Tin Minuman Atas Vending Machine [Video]
Lelaki itu mengandaikan bahawa minuman tersebut berkemungkinan lupa diambil oleh seseorang atau mesin berkenaan yang secara tidak sengaja mengeluarkannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sejak kecil lagi, kita telah dididik oleh ibu bapa untuk menjadi seorang yang bersikap jujur, amanah, dan ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan.
Bahkan perkara ini turut diterap dan diajar kepada para pelajar oleh guru-guru sewaktu di sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah.
Amalan mulia yang diterapkan sejak kecil ini telah menjadikan kebanyakan rakyat Malaysia disenangi ramai terutamanya pelancong atau pengembara antarabangsa.
Lelaki luar negara kagum dan puji sikap jujur rakyat Malaysia
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki luar negara berasa kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak mencuri atau mengambil sesuatu yang bukanlah hak mereka.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @samii63, lelaki yang kini menetap di Malaysia itu turut memuji sikap kejujuran rakyat di negara ini.
Lelaki jumpa 4 tin minuman atas ‘vending machine’, tapi tiada yang mengambilnya
Difahamkan, lelaki berkenaan menemui empat tin minuman kopi di atas sebuah ‘vending machine’, namun tiada seorang pun rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan dengan mencurinya.
Dia mengandaikan bahawa minuman tersebut berkemungkinan lupa diambil oleh seseorang atau mesin berkenaan yang secara tidak sengaja mengeluarkannya.
“Seseorang lupa mengambil tin minuman ini atau mesin ini tidak sengaja mengeluarkannya dan tiada seorang pun yang mengambilnya,” katanya.
Rakyat Malaysia jelaskan sebab mereka lakukan perkara tersebut
Memindai ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia menyatakan perkara tersebut dilakukan oleh mereka kerana minuman tersebut bukanlah hak mereka.
Bahkan, netizen turut mengaitkannya dengan hukum di dalam Islam yang melarang umatnya untuk mencuri makanan kerana ia akan menjadi darah daging.