Maldives Larang Warga Israel Daripada Masuk Ke Negaranya
Menurut Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu pihaknya juga melantik utusan khas untuk menilai keperluan Palestin serta menubuhkan pengumpulan dana untuk membantu rakyat Palestin dengan UNRWA.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Konflik yang melanda Palestin dan Israel masih lagi belum berakhir sejak Oktober lalu.
Malah insiden yang berlaku selama berbulan-bulan itu telah mengorbankan puluhan ribuan nyawa termasuklah kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan banyak lagi.
Susulan itu, ramai yang menunjukkan solidariti dengan memboikot jenama mahupun produk yang menunjukkan sokongan kepada rejim Zionis.
Bukan hanya itu, banyak juga negara telah bersuara dan meminta agar gencatan senjata dilakukan kerana tidak sanggup melihat lebih banyak nyawa yang terkorban dalam konflik berkenaan.
Maldives larang warga Israel masuk ke negaranya
Terbaharu Maldives telah bertindak melarang mana-mana pemegang pasport Israel daripada memasuki negaranya.
Perkara itu dimaklumkan oleh negara tersebut menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Maldives.
Umum mengetahui Maldives yang merupakan penyokong kuat Palestin sangat terkenal dengan pusat peranginannya yang sangat mewah serta laut yang cantik.
Jelas Presidennya, Dr Mohamed Muizzu dalam kenyataan itu pihaknya membuat larangan tersebut susulan cadangan daripada kabinet.
Undang-undang akan dipinda, jawatankuasa kecil kabinet ditubuhkan
Katanya lagi, undang-undang negara juga akan dipinda selain turut menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet untuk memantau usaha berkenaan.
Selain itu, Mohamed muizzu juga memaklumkan telah melantik utusan khas untuk menilai keperluan Palestin serta sedang menubuhkan pengumpulan dana untuk membantu rakyat Palestin dengan UNRWA.
Beliau juga turut melakukan perhimpunan dengan slogan yang membawa maksud ‘Rakyat Maldives bersolidariti bersama Palestin’.
Kementerian luar negeri Israel syorkan warga Israel elak ke Maldives
Ekoran daripada pengumuman tersebut Kementerian Luar Negeri Israel turut mengesyorkan rakyatnya untuk mengelak daripada ke pulau berkenaan selain meminta warganya yang berada di kawasan itu untuk keluar.
“Bagi warganegara Israel yang tinggal di negara itu, ada adalah disyorkan untuk mempertimbangkan untuk keluar kerana jika mereka mengalami kesusahan atas sebarang sebab, ia akan menjadi sukar untuk kami bantu,” katanya lapor Malaysia Gazette.
Apa yang mencuri tumpuan Kedutaan Israel di New Delhi mencadangkan warganya untuk berkunjung ke India. Selain itu, mereka turut mempromosikan beberapa lokasi dan pantai di negara terbabit.
Since the Maldives is no longer welcoming Israelis, here are some beautiful and amazing Indian beaches where Israeli tourists are warmly welcomed and treated with utmost hospitality. 🏖️🇮🇳
— Israel in India (@IsraelinIndia) June 3, 2024
Check out these recommendations from @IsraelinIndia, based on the places visited by our… pic.twitter.com/kGNEDS6fsp
Thanks to the Maldives Government's decision Israelis can now explore the beautiful beaches of #Lakshadweep. https://t.co/1K2NtG922M
— Kobbi Shoshani 🇮🇱 (@KobbiShoshani) June 3, 2024