fbpx
Now Reading
Mekanik Dedah Kelemahan Sistem Keyless Pada Kereta & Kongsi Langkah Atasinya [Video]

Mekanik Dedah Kelemahan Sistem Keyless Pada Kereta & Kongsi Langkah Atasinya [Video]

Lelaki terbabit yang juga seorang mekanik kereta turut berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kereta dari senang dicuri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan keluaran kenderaan pada masa kini telah dilengkapi dengan sistem teknologi tanpa kunci (keyless) untuk memudahkan pemandu memasuki kereta dan menghidupkan enjin dengan hanya membiarkan kunci berada di dalam poket atau beg.

Jika dahulu, pemilik kereta harus menekan tombol pada kunci untuk membuka kenderaan dan memasukan kunci dalam slot bagi menghidupkan enjin.

Tidak dinafikan, sistem teknologi keyless ini amat memudahkan para pemilik kereta, namun terdapat juga kekurangan di sebaliknya.

Mekanik dedah kelemahan sistem keyless, kereta mudah dicuri

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang mekanik kenderaan mendedahkan kepada orang ramai tentang kelemahan sistem tanpa kunci ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @altimatautogarage, lelaki terbabit menyatakan kenderaan yang menggunakan sistem keyless ini lebih mudah untuk dicuri.

“Pencuri zaman sekarang ini memang sangat senang nak curi kereta yang guna sistem keyless ini sebab pencuri kereta boleh buka kereta dengan senang tak perlu nak umpil atau pecahkan tingkap,” katanya.

Siap dedah cara yang digunakan oleh pencuri

Menurut lelaki itu, cara yang digunakan oleh pencuri adalah dengan menggunakan ‘amplifier device’ dan kunci replika.

Jelasnya, amplifier device terbabit akan mengambil isyarat daripada kunci kenderaan dan memindahkannya kepada kunci replika agar kereta dapat dibuka dengan hanya menggunakan kunci berkenaan.

Menurutnya lagi, pencuri juga boleh mencuri signal pada kunci kenderaan dengan hanya menggunakan kotak geganti (relay box) saat kereta terbabit sedang dikunci.

“Diorang (pencuri) boleh gunakan satu relay box untuk dapatkan isyarat di kunci kereta dan lagi seorang pencuri akan guna satu kotak kecil untuk gunakan sebagai kunci kereta bagi membuka pintu dan menghidupkan enjin,” katanya lagi.

Langkah-langkah yang boleh diambil pemilik kereta sistem keyless untuk elak dicuri

Susulan itu, dia berkongsi beberapa langkah-langkah yang boleh diambil oleh pemilik kereta untuk mengelakkan daripada kejadian terbabit berlaku.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan kunci di dalam bekas besi, balut kunci dengan aluminium foil, letak kunci dalam bag faraday ataupun gunakan ‘key casing’ yang boleh menyekat isyarat.

“Ada satu lagi tips yang lebih mudah yang boleh dilakukan dengan cara tekan butang kunci dan ‘hold’, kemudian tekan pula butang buka kunci sebanyak dua kali, ia akan disable korang punya kunci jadi tiada isyarat, korang boleh enable balik dengan tekan apa-apa butang pada kunci,” ujarnya.

Video:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.