fbpx
Now Reading
“Besar Ujian Nak Naik Haji” – Gelagat Pakcik Tenang Main Dam Walau Dihurung Kelekatu Buat Ramai Terhibur [Video]

“Besar Ujian Nak Naik Haji” – Gelagat Pakcik Tenang Main Dam Walau Dihurung Kelekatu Buat Ramai Terhibur [Video]

Namun, warga emas itu dilihat sekali-sekala menepuk mukanya dengan tujuan menghalau serangga berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika duduk di rumah, pernah tak anda perasan kehadiran serangga kecil yang dikenali sebagai kelekatu berterbangan memenuhi ruang kediaman? Lazimnya, haiwan ini gemar berkumpul di bawah cahaya lampu dan muncul selepas waktu hujan.

Kehadiran serangga ini diakui mendatangkan rasa tidak selesa kepada sesiapa sahaja. Ini kerana jumlah mereka yang terlalu banyak mengganggu pergerakan manusia dalam kediaman tersebut.

Malah, serangga ini akan meninggalkan sayapnya pada keesokan hari hingga menyebabkan pemilik kediaman perlu mengemas kerana sayap bertaburan di lantai.

Warga Emas Kekal Tenang Walaupun Dihurung Kelekatu

Sebut sahaja tentang serangga ini, menerusi perkongsian video di akaun TikTok @stopa666s, kelihatan beberapa orang warga emas dihurung kelekatu ketika mereka sedang bermain dam.

Apa yang menarik perhatian adalah seorang warga emas berkenaan dilihat kekal tenang dan meneruskan permainan tersebut walaupun dihurung serangga terbabit.

Namun, sekali-sekala dia dilihat menepuk mukanya dengan tujuan menghalau serangga berkenaan.

Malah, rakannya di sebelah juga tidak berganjak dari tempat duduk dan terus melihat rakannya itu bermain serta meneguk minuman walaupun keadaan pada ketika itu dilihat agak ‘serabut’ dengan kedatangan kelekatu itu.

Melalui video itu juga, terdapat satu plastik digantung pada siling dipercayai digunakan bagi menghalau serangga tersebut.

Video Buat Warganet Terhibur

Video yang telah mendapat lebih 1.4 juta itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata terhibur dengan gelagat warga emas berkenaan yang dilihat tidak berganjak dan kekal tenang meneruskan permainan walaupun dihurung kelekatu.

Ada juga warganet yang menasihatkan mereka agar menutup lampu ketika bermain permainan tersebut serta meletakkan plastik pada lampu berkenaan.

Ada juga yang meluahkan kerisauan sekiranya serangga tersebut masuk ke dalam anggota badan atau dalam minuman warga emas tersebut.

Info Tentang Kelekatu

Tahukah anda? Kelekatu atau termite swarmers merupakan satu jenis peringkat hidup bagi serangga anai-anai. Serangga pemusnah ini mempunyai kitaran hidup bermula telur, nim, pekerja, askar, anai-anai dewasa berkepak (kelekatu), jantan dan ratu. 

Kelekatu merupakan fasa terakhir bagi anai-anai dewasa jantan dan betina mengeluarkan kepak dan berkerumun ke kawasan baru secara berpasangan untuk proses pembiakan. Kebiasaannya, mereka akan menuju ke celah-celah rumah untuk proses tersebut.

Kehadiran kelekatu bukanlah satu petanda yang baik. Ini kerana kehadiran mereka menandakan kediaman tersebut telah dipenuhi dengan anai-anai.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, berikut kami kongsikan beberapa tips bagi menghalau anai-anai atau mengelakkan kelekatu daripada mengerumuni cahaya lampu.

  1. Gantung cili kering pada lampu. Haba daripada lampu akan menyebabkan bau cili keluar dan kelekatu tidak suka bau dengan bau ini.
  2. Gunakan lada hitam atau peppermint
  3. Gantung plastik pada lampu
  4. Gunakan racun serangga aerosol

Berikut antara komen warganet:

“Besar Sungguh Ujian Untuk Naik Haji”

“Yang Pegang Cawan Setia Support Member”

“Jaga-Jaga Tok Wan, Jatuh Dalam Air Milo Naya”

“Kalau Tutup Lampu Kan Senang”

“Dam Nombor Satu, Kelekatu Nombor Dua”

“Sangkut Plastik Dekat Lampu Tu Nanti Semua Kumpul Dalam Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Serangga Lebih Suka Lampu Putih Berbanding Warna Oren? Ini Sebabnya!

Baca Artikel Berkaitan: Lipas Paling Takut Dengan 5 Bau Dari Tumbuhan Ini!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.