
Fahmi Moin Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan Selepas Peguam Lama Tarik Diri
Difahamkan, Fahmi menggantikan tempat peguam Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co yang menarik diri daripada mewakili pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada Jumaat lalu (31 Jun), pihak polis telah menahan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia selepas hampir 36 jam pencariannya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, penahanan kedua-dua individu itu dilakukan susulan risikan yang dijalankan pihaknya.
Menurutnya, penahanan pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Namun, tidak sampai beberapa hari, peguam Mahmud Jumaat yang mewakili kedua-duanya dilaporkan telah menarik diri.
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Tarik Diri, Doakan Kes Berjalan Lancar
Peguam Fahmi Moin sah dilantik wakili ibu bapa Zayn Rayyan
Terbaharu, peguam Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau telah dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 6 tahun itu yang kini sedang ditahan dan direman sehingga 7 Jun.
“Ya betul, baru dilantik oleh pihak keluarga,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo semalam (4 Jun).
Difahamkan, Fahmi menggantikan tempat peguam Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co yang menarik diri daripada mewakili kedua-dua suspek.
Peguam lama, Mahmud Jumaat tidak lagi mewakili atas sebab-sebab tertentu
Pagi semalam, Mahmud memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili pasangan suami isteri itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pada 7 Disember 2023, negara digemparkan dengan berita penemuan jasad Zayn Rayyan selepas dia dilaporkan hilang berhampiran kawasan perumahannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.
Lebih mengejutkan lagi apabila pihak polis yang menjalankan siasatan mengesahkan bahawa Zayn Rayyan meninggal dunia akibat di bunuh.
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan Zayn Rayyan Dibunuh
Baca Artikel Berkaitan: