fbpx
Now Reading
Kerja-Kerja Senggara dan Ganti Aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 Sudah Bermula

Kerja-Kerja Senggara dan Ganti Aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 Sudah Bermula

Menurut Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini, 5 Jun memaklumkan bahawa  kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1  (LRA SSP1) telah dimulakan pada jam 9:00 pagi mengikut jadual seperti yang dimaklumkan pada 13 Mei 2024. 

Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam,  5 Jun 2024 (Rabu) dan para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara  berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja  penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama  bekalan air telah distabilkan. 

Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20%  pada jam 3:00 petang, 6 Jun 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024  (Jumaat).

Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam  12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan  bekalan air berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti di bawah.

“Untuk makluman, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan  yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan  air pada sistem agihan bekalan air.”

Sehubungan itu, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital,  klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Bantuan bekalan air alternatif menerusi 13  Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang  tersenarai di Lampiran B.

Pelanggan komersial boleh beli air di kaunder khidmat pelanggan

Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter  khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.

Bagi tujuan ini, pelanggan komersial  boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat (4) stesen pengisian air yang akan dibuka di:

  • Braemar Estate (wilayah Hulu Langat)
  • Taman Gemilang Dengkil (wilayah Sepang)
  • Pekan Salak (wilayah Sepang)
  • Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat). 

Air Selangor juga telah mengadakan sesi taklimat dengan wakil-wakil rakyat bagi kawasan  yang terjejas pada 4 Jun 2024 bagi memastikan kelancaran pembekalan air untuk para  pengguna.  

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini  dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi  di sini.

Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat  dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram  dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.