fbpx
Now Reading
Kisah Warga Emas Kutip Botol Terbuang Sejak 20 Tahun Lalu & Hias Di Rumah Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kisah Warga Emas Kutip Botol Terbuang Sejak 20 Tahun Lalu & Hias Di Rumah Tarik Perhatian Ramai [Video]

Dalam video terbabit, kelihatan kawasan luar rumah Tok Ki yang digelar ‘Rumah Botol Ayahku’ itu turut dihiasi dengan botol dalam pelbagai bentuk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Terengganu merupakan antara negeri di Malaysia yang sering mendapat perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara kerana keindahan alam semula jadi selain kaya dengan seni warisan budaya.

Bukan hanya pulau-pulau di Kuala Terengganu sahaja yang kelihatan menakjubkan, bahkan terdapat banyak lagi perkara unik yang boleh diterokai di sana.

Tular warga emas kutip ribuan botol terbuang dan hias di rumah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki warga emas menghiasi rumahnya dengan ribuan botol terbuang dan menjadikan ia sebagai tempat tarikan orang ramai yang datang ke Terengganu dengan nama ‘Rumah Botol Ayahku’.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @senokperutofficial, warga emas yang dikenali sebagao Tok Ki itu telah mengutip dan mengumpul ribuan botol sejak 20 tahun yang lalu.

“Tak sangka, lepas makan mi rebus di Penarik, jumpa rumah paling unik yang pernah kami jumpa. Rumah Botol Tok Ki. Yang penting Tok Ki sangat mesra dan penuh nasihat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Botol-botol kaca dihiasi di rumah Tok Ki dalam pelbagai bentuk

Dalam video terbabit, kelihatan kawasan luar rumah Tok Ki yang juga seorang bekas askar itu turut dihiasi dengan botol dalam pelbagai bentuk.

Menurut Tok Ki, kebanyakan botol-botol yang dikutip olehnya merupakan botol jenis kaca yang hanyut di laut pelbagai negara.

Foto: TikTok/senokperutofficial

Tidak hanya itu, ribuan botol kaca turut menghiasi setiap sudut di rumahnya ditambah pula dengan hiasan lampu berwarna-warni.

Apa yang lebih menarik lagi, Tok Ki turut menjadikan pasir pantai sebagai karpet di dalam rumah uniknya itu yang terletak di Kampung Penarik, Setiu.

Warga emas terbabit turut berkongsi kisah dan sejarah beberapa botol yang disimpannya itu kepada pengunjung yang hadir.

Foto: TikTok/senokperutofficial

Tok Ki jelaskan kenapa kutip botol terbuang dan hias di rumah

Jelas Tok ki, pada asalnya dia mengutip semua botol-botol terbuang itu bukanlah dengan niat untuk menunjuk, sebaliknya untuk memberitahu kepada orang kampung di situ agar tidak membuang dan memecahkan botol kaca sesuka hati.

“Tok Ki buat Rumah Botol ini sebab nak kongsi (beritahu) supaya setiap rakyat Malaysia jangan kita membuang sampah di merata-rata.

“Tok Ki buat perkara ini sebab 20 tahun dahulu Tokki tengok budak-budak letak mercun dalam botol dan letupkan, benda ini sesuatu yang bahaya.

“Jadi Tok Ki rasa terpanggil untuk tunjuk kepada anak cucu bahawa kita bertanggungjawab menjaga alam ini,” katanya.

Difahamkan, Tok Ki yang kini berusia lingkungan 80-an masih aktif menjalankan kerja mengutip serta mengumpul botol-botol kaca terbabit.

Selain botol, Tok Ki juga mengutip beberapa barangan terbuang yang boleh dikitar semula seperti bekas simpanan makanan plastik untuk dijadikan hiasan di laman rumahnya.

@senokperutofficial

Tak tersangka, lepas makan Mee Rebus Di Penarik, jumpa rumah paling unil pernah jumpa Rumah Botol Tokki di Penarik. Yang penting Tokki sangat mesro dan penuh nasihat, sampai budok2 nak gi jumpa dia kali kedua #terengganu #jalanjalan #celuptepung #penarik

♬ Kecapi Suling Paling Sedih – Suling Sunda
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.