fbpx
Now Reading
Tampil Sporty & Sesuai Ride Dalam Town, Ini Pengalaman Kami Menunggang Skuter Suzuki Avenis 125

Tampil Sporty & Sesuai Ride Dalam Town, Ini Pengalaman Kami Menunggang Skuter Suzuki Avenis 125

Jika ingin dibandingkan dengan beberapa jenama skuter lain yang memiliki saiz enjin sama, kami boleh katakan Avenis ini antara yang terlaju. Mungkin kerana lebih ringan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada bulan April lalu, Suzuki Malaysia telah melancarkan dua varian motosikal skuter terbaharunya iaitu Avenis 125 dan Burgman Street EX.

Penawaran ini sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran jenama Suzuki dalam segmen skuter kapasiti kecil di negara ini.

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc 4-Lejang dengan sistem penyejukan udara yang menjanakan kuasa sebanyak 8.7PS pada 6750 RPM dan tork sebanyak 10Nm pada 5500 RPM.

Tidak melepaskan peluang, kami turut mencuba menunggang Avenis bagi merasai sendiri pengalaman ‘ride’ skuter yang hanya berkuasa 125cc ini di atas jalan raya.

Avenis boleh tahan laju berbanding skuter jenama lain dengan CC sama

Secara jujurnya, respon yang diberikan oleh Avenis ini bagi setiap pulasan ‘throttle’ tidak kurang hebatnya dan boleh dikatakan ada power walaupun 125cc sahaja.

Jika ingin dibandingkan dengan beberapa jenama skuter lain yang memiliki saiz enjin sama, kami boleh katakan Avenis ini antara yang terlaju. Mungkin kerana faktornya yang lebih ringan.

Selain itu, spesifikasi enjin yang digunakan Avenis ini juga dilengkapi dengan Suzuki Eco Performance (SEP) bagi penjimatan minyak.

Suspension tak terlalu lembut dan membuai

Dari segi suspension pula, Avenis ini tidaklah terlalu lembut sehingga membuai, maka keyakinan ketika menunggang dalam keadaan laju atau mengambil selekoh lebih tinggi.

Avenis ini juga didatangkan dengan disc brake di bahagian tayar hadapan dan drum brake pada tayar belakang. Untuk saiz badan yang kecil dengan CC yang rendah, kami boleh katakan ianya sudah cukup memadai.

Kerusi sedap diduduk tapi ruang kaki agak kecil

Antara pujian lain yang kami boleh berikan kepada Avenis ini adalah keempukan kusyen tempat duduknya yang terasa sangat selesa.

Pun begitu, ruang di bahagian tempat letak kaki agak kecil menyebabkan kedua-dua kaki tidak boleh terlalu dibuka luas. Kalau menunggang untuk jangka masa yang lama, sudah pasti akan rasa sedikit lenguh.

Ini membuatkan skuter sebegini amat sesuai untuk dibawa sekitar bandar dan untuk perjalanan yang tidak terlalu jauh.

Dalam kekurangan pasti ada kelebihan, maka ruang kaki yang kecil itu sesuai bagi penunggang wanita terutamannya yang memakai baju kurung atau skirt labuh.

Digital meter, banyak ruang simpanan siap ada tempat cucuk USB

Antara perkara lain yang menarik perhatian kami adalah meter yang digunakan oleh Avenis ini adalah jenis digital. Kecerahan skrin yang agak terang menyebabkan kelajuan dan segala info yang ada di dalam meter mudah untuk dilihat ketika menunggang walaupun semasa panas terik.

Tidak hanya itu, bahagian kiri dan kanan di bahagian bawah handle Avenis ini juga mempunyai dua ruang simpanan barang yang agak besar. Salah satunya juga didatangkan dengan tempat cucuk USB untuk kegunaan mengecaj telefon bimbit.

Storan dalaman di bawah tempat duduk Avenis ini bersaiz 21.8 liter, jika ingin menyimpan barangan seperti baju hujan dan sebagainya sememangnya tiada masalah, namun tidak semua jenis topi keledar boleh diletakkan di ruangan ini.

Secara keseluruhan berdasarkan pengalaman kami menunggang motosikal ini, kami boleh katakan yang Avenis ini merupakan sebuah skuter yang sangat ‘enjoy’ untuk dikendara terutamanya di dalam bandar.

Untuk maklumat lanjut seperti warna dan harga Avenis ini, anda boleh klik pada artikel di bawah.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.