fbpx
Now Reading
Peniaga Rendam Sotong Dalam ‘Tong Sampah Hitam’ Mohon Maaf, Beli Bekas Makanan Baharu Selepas Ditegur [Video]

Peniaga Rendam Sotong Dalam ‘Tong Sampah Hitam’ Mohon Maaf, Beli Bekas Makanan Baharu Selepas Ditegur [Video]

Sebelum ini, KKM memaklumkan akan menjalankan siasatan ekoran isu penggunaan tong sampah oleh peniaga nasi lemak terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform X tentang seorang peniaga nasi lemak yang berkongsi tips merendam sotong sebelum ia dimasak menjadi lauk.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai kerana rendaman itu dibuat dalam bekas tong hitam yang kebiasaannya digunakan sebagai tong sampah.

Namun, respon peniaga terbabit terhadap komen warganet turut menjadi perhatian.

Menerusi satu video berasingan, dia mendakwa bahawa bekas yang dibeli dari kedai itu tidak dilabelkan sebagai ‘tong sampah’ malah dia melihat ramai yang menggunakan bekas itu untuk kegunaan lain seperti mengisi air mandi.

Responnya itu membuatkan warganet semakin geram hingga ada yang meminta pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan.

Peniaga Mohon Maaf, Sudah Beli Bekas Makanan Baharu

Ekoran daripada insiden itu, peniaga nasi lemak berkenaan memohon maaf dan telah membeli bekas makanan yang baharu.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @nasilemakkakrose, peniaga lelaki itu dilihat pergi ke sebuah kedai bagi membeli bekas makanan yang bersesuaian khusus untuk rendaman sotong.

“Assalamualaikum semua. Hari ini saya dah balik niaga. Saya terus ke kedai plastik berhampiran gerai saya untuk tong baru sotong saya.

“Saya dah beli tong baru, yang ini clear punya. Saya harap yang ini food gradelah,” katanya menerusi video berkenaan.

Malah, kelihatan lelaki itu turut memohon maaf di atas kenyataan balas yang dibuatnya dalam satu video baru-baru ini.

“Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tengok video saya sebelum-sebelum ini.

“Andai bahasa saya kurang elok, saya mohon maaf banyak-banyak. Yang mana bagi nasihat, saya ambil benda tu sebagai iktibar kepada diri saya untuk terus maju ke hadapan.

“Saya harap lepas ni ada yang sokong saya berniaga. Insya-Allah saya akan perbaiki mana yang tak elok tu nanti saya cuba ubah lagi,” jelasnya menerusi video tersebut.

Video Dapat Perhatian Warganet

Video terbaharunya ini sekali lagi menarik perhatian warganet. Ada warganet yang dilihat masih tidak dapat menerima perbuatan pemuda berkenaan yang merendam sotong di dalam tong hitam berkenaan.

Malah, ada yang mahu KKM meneruskan siasatan terhadap pemuda terbabit atas perbuatannya itu.

Namun, ada juga warganet yang dilihat menerima permohonan maafnya pada masa yang sama turut menasihati peniaga itu agar lebih berhati-hati dalam menyediakan makanan buat pelanggan.

Terdahulu, video peniaga nasi lemak ini menjadi tular gara-gara tindakan peniaga terbabit merendam sotong dalam tong hitam yang sering digunakan sebagai tong sampah.

Selain dianggap kotor, warganet berpendapat bahan yang digunakan untuk membuat bekas tong itu bukanlah food grade justeru tidak sesuai digunakan untuk penyimpanan makanan.

Malah, ada di antara warganet sebelum ini menganggap lelaki berkenaan sebagai seorang yang angkuh dan berlagak kerana responnya baru-baru ini.

Hantaran yang tular itu turut mendapat respon daripada KKM sehingga KKM mendakwa siasatan akan dijalankan berhubung isu berkenaan.

Namun, hasil semakan kami di akaun TikTok peniaga berkenaan mendapati kedua-dua video tersebut telah dipadam.

Berikut Antara Komen Warganet:

“Itu Hari Bukan Main Eksyen”

“Dia Dah Ambil Nasihat, Korang Dok Perli Lagi”

“Selalu Juga Beli Nasi Lemak, Bila Tengok Video, Takut Pula Nak Beli”

“Bagus, Terima Teguran Dengan Hati Terbuka”

“Nak Lagi Kekal Lama, Guna Stainless Steel, Sebab Plastik Walaupun Food Grade, Bila Calar Dia Akan Lahirkan Microplastic”

“Alahamdulillah Kita Perbaiki Mana Yang Lebih Baik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.