fbpx
Now Reading
“Seluas-luas Pantai” – Wanita Kecewa 1 Keluarga Pacak Khemah Tutup Pemandangan Pantai Ketika Berkelah [Video]

“Seluas-luas Pantai” – Wanita Kecewa 1 Keluarga Pacak Khemah Tutup Pemandangan Pantai Ketika Berkelah [Video]

Perkara itu membuatkan wanita berkenaan berasa kecewa kerana pantai itu mempunyai keluasan yang besar namun pengunjung terbabit memilih untuk memacak di hadapan mereka sehingga menutup pemandangan pantai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berkelah atau bercuti bersama keluarga merupakan satu aktiviti yang seronok untuk dilakukan.

Malah ada yang merancangnya untuk satu tempoh yang lama demi memastikan setiap ahli keluarga dapat menyertai perkelahan tersebut.

Bukan hanya itu, ada yang turut berusaha untuk membawa barangan seperti makanan untuk memasak ketika berkelah untuk memeriahkan lagi suasana.

Keseronokan terbantut lepas pengunjung selamba pacak khemah hingaa tutup pemandangan

Namun berbeza dengan seorang wanita ini dan keluarganya apabila keseronokan perkelahan bersama keluarga menjadi terbantut disebabkan pengunjung yang tidak bertimbang rasa.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @snlelaaaaa di TikTok, awalnya mereka sekeluarga telah memacak khemah di satu kawasan di tepi pantai.

Dari kawasan khemah itu dapat dilihat pemandangan pantai yang cantik sambil orang awam bermandi-manda di gigi air.

Masak-masak sambil lihat pemandangan pantai, sebelum ada keluarga pacak khemah di hadapan

Dalam pada masa sama, kelihatan mereka turut memasak kudap-kudapan sambil melayan pemandangan yang cantik.

Namun dia tidak menyangka pemandangan indah itu hanya sementara apabila datang sebuah keluarga yang kemudiannya memasang khemah di hadapan mereka.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan pemandangan pantai mereka kini terhalang disebabkan saiz khemah dan ‘flysheet’ yang besar.

“Kesian dia orang, tertutup ‘hijab’ sampai tak nampak kami yang besar ni.

“Seluas-luas pantai, depan kami juga korang pacak khemah,” luahnya dalam video tersebut.

Ramai yang rasa geram tindakan pengunjung tutup pemandangan orang lain ketika berkelah

Melihat di ruangan komen, ada netizen yang bertanya mengapa wanita berkenaan tidak menegur tindakan pengunjung berkenaan.

Lalu Lela menjawab, individu yang memasang khemah tersebut adalah seorang lelaki berumur. Malah dia ketika itu bersama keluarga mentua dan enggan menimbulkan kekacauan.

Walau bagaimanapun, ramai yang turut geram apabila melihat tindakan pengunjung terbabit yang menutup pemandangan orang lain tanpa rasa bersalah.

“View lain dari yang lain”

“Serius spoil jadi macam ni, bikin moody wooo”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.