fbpx

Bagi POV Layanan Apabila Pelanggan Kenal Pemilik, Konten Butik Pakaian Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan promoter ‘teruja’ sebaik pelanggan memaklumkan mengenali pemilik butik sehingga dia menawarkan ‘private session’ khas untuk wanita terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial pada masa kini tidak lagi digunakan sebagai platform untuk mencari kenalan, sebaliknya ia telah digunakan untuk pelbagai perkara.

Sebagai contoh media sosial juga digunakan sebagai tempat untuk menyampaikan ilmu, hiburan, malah kebanyakan perniagaan di luar sana turut menjadikan platform ini tempat mempromosikan barangan mereka.

Konten video butik pakaian undang perhatian

Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah butik pakaian apabila menghasilkan konten untuk mempromosikan barangan mereka sehingga membuatkan ramai terhibur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh butik Ayraeryna di TikTok, kelihatan mereka membuat satu video sudut pandang (POV) apabila pelanggan yang datang itu memaklumkan mereka mengenali pemilik butik.

Bagi POV pelanggan kenal pemilik butik

Di awal video tersebut telah datang seorang pelanggan ke butik berkenaan, promoter itu kemudian meminta pelanggan terbabit untuk melihat dahulu pakaian di butik terbabit sementara dia menyusun baju.

Namun sebaik sahaja pelanggan memaklumkan dia mengenali pemilik butik terbabit, layanan promoter itu berubah sepenuhnya. Malah dia dilihat sangat teruja melayani pelanggan berkenaan.

Bukan hanya itu, dia turun meminta rakan sekerjanya untuk segera datang untuk bersalaman dengan pelanggan wanita terbabit.

Siap ada ‘private session’ sebab kenal pemilik butik

Apa yang lebih menarik perhatian, dia juga turut mengunci pintu utama butik itu untuk mengadakan ‘private session’ kerana kehadiran pelanggan berkenaan dianggap begitu istimewa.

“Owner kita yang Nurul tu kan? Yang beli stok banyak-banyak lepas tu tak tahu letak dekat mana sebab stor dah penuh. Kedai besar macam ni dia letak dua orang je jaga,” katanya sambil ketawa.

Malah apabila pelanggan mengatakan akan dapat diskaun jika beli pakaian di kedai berkenaan, dia menjawab wanita itu tidak perlu berfikir untuk membayar.

“Jangan fikir untuk bayar okay, she (owner) is a great person. Jadi tak mungkin akak kena bayar. Malah ambil kunci ni, kedai ini milik anda. Saya balik dulu ya,” lakonnya lagi dengan penuh teruja.

Ramai yang terhibur serta sifatkan promoter berbakat

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan konten video tersebut dan menyifatkan promoter tersebut mempunyai bakat dalam berlakon.

Tidak kurang juga ada yang terhibur kerana dia sempat memerli pemilik butik berhubung stok banyak itu.

Menerusi ruang komen ada yang mendakwa promoter terbabit adalah pemilik butik sebenar.

“Power, skrip, interaksi, lantunan suara, bahasa badan, masa dan tak ada gagap”

“Fakta bahawa dia adalah pemilik butik”

“Dik belakonlah dik, bergabung dengan Kak Lina dan Lailerr”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.