fbpx

“Beraninya Awak Fly Sorang” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak 9 Tahun Dah Pandai Travel Seorang Diri [Video]

Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Kasyah terbang seorang diri balik ke kampungnya bagi menemui datuk dan nenek kesayangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan ibu bapa di dunia ini tidak akan membiarkan cahaya mata tersayang keluar mengembara seorang diri.

Ini kerana keselamatan menjadi faktor utama yang dinilai oleh ibu bapa dalam membenarkan anak mereka bertindak sedemikian.

Ini membuatkan rata-rata ibu bapa risau tentang bahaya yang menimpa sekiranya mereka membiarkan anak mereka keluar keseorangan.

Kanak-Kanak Naik Flight Seorang Diri

Namun, berbeza pula dengan wanita ini yang dilihat yakin apabila membenarkan anaknya menaiki kapal terbang seorang diri.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @aidajemat, kelihatan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun menaiki kapal terbang seorang diri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Kuching, Sarawak.

Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Kasyah pulang seorang diri ke kampungnya bagi menemui datuk dan nenek kesayangan.

Manakala, ibu bapa kanak-kanak itu tidak dapat menemaninya sehingga ke kampung halaman kerana bekerja.

Kanak-Kanak Diiringi & Ditemani Staf MAS

Apa yang menjadi perhatian adalah Kasyah diiringi pekerja Malaysia Airlines (MAS) bermula daripada pintu masuk sehinggalah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan berjumpa dengan datuk serta neneknya.

Difahamkan, bagi mendapat perkhidmatan sedemikian, Aida menjelaskan dia mengisi borang pengisytiharan Young Passenger Travelling Alone (YPTA) terlebih dahulu sebelum anaknya itu menaiki penerbangan berkenaan.

Tidak dijelaskan kaedah itu secara spesifik, namun wanita itu mendedahkan tiket penerbangan anaknya itu diuruskan oleh suami dan agensi pelancongan.

@aidajemat

Abg kasyah travel alone at age 9🌹#fyp #travel #foryou

♬ God Send – Ishaqie

MAS Ada Sediakan Perkhidmatan Penjagaan Buat Kanak-Kanak Melancong Sendirian

Tahukah anda, MAS ada menyediakan perkhidmatan penjagaan buat penumpang kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun.

Ibu bapa kanak-kanak itu perlu mengisi beberapa maklumat dalam borang khas yang dikenali sebagai YPTA.

Penumpang kanak-kanak akan diberi gelang tangan khas bagi memudahkan urusan penjagaan tersebut.

Walaupun ada staf yang mengawasi kanak-kanak terbabit, namun ibu bapa atau penjaga dinasihatkan agar tetap menunggu di lapangan terbang bagi menjaga kanak-kanak berkenaan sekiranya berlaku sebarang penundaan atau perubahan waktu penerbangan.

Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Berani Naik Flight Seorang Diri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keberanian Kasyah yang dilihat tidak gentar atau takut menaiki kapal terbang seorang diri.

Malah, ada warganet yang baru mengetahui wujudnya perkhidmatan sedemikian dan bertanyakan kepada Aida tentang proses untuk melakukan perkara tersebut.

Ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama membiarkan anak mereka melancong seorang diri menggunakan kapal terbang.

Berikut antara komen warganet:

“Boleh Guide Macam Mana Nak Book Flight Untuk Yang Travel Sorang-Sorang Ini”

“Yang Best Under YPTA Ini , Anak Selalu Dapat Seat Mahal Walaupun Ekonomi”

“Dulu Kami Adik Beradik Selalu Kena Pos Balik Kampung Tanpa Ibu Ayah”

“Beraninya Kamu Dik Travel Naik Flight Sorang-Sorang”

“Masa Nak Beli Tiket Tu Kena Beli Di Kaunter Atau Beli Online”

“Saya Start Travel Sorang Sejak Tahun 1990 Dengan MAS, Memang Special Layanan”

“Good Boynya Dia, Semoga Allah Sentiasa Melindungi Abang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.