fbpx
Now Reading
Lelaki Beri Kerusi Kepada Wanita Mengandung Untuk Duduk Raih Pujian Ramai [Video]

Lelaki Beri Kerusi Kepada Wanita Mengandung Untuk Duduk Raih Pujian Ramai [Video]

Difahamkan, wanita terbabit berdiri sambil berteduh di bawah sebuah kanopi ketika hujan lebat kerana menunggu suaminya datang membawa payung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kecil lagi kita sudah dididik untuk memberi keutamaan kepada golongan-golongan yang memerlukan ketika berada di tempat awam.

Antara golongan-golongan tersebut adalah seperti orang kurang upaya (OKU), orang sakit, warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak.

Maka tidak hairanlah jika kebanyakan rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap golongan ini tanpa mengira masa dan tempat.

Tular video tindakan murni seorang lelaki terhadap wanita mengandung

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan murni seorang lelaki yang dikenali sebagai Taufik Bakri terhadap seorang wanita mengandung di sebuah festival makanan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Taufik melihat wanita berkenaan sedang berdiri sambil berteduh di hadapan sebuah gerai ketika hujan.

Wanita sarat mengandung berdiri tunggu suami bawa payung ketika hujan

Menurutnya, wanita yang sedang sarat itu berteduh di bawah kanopi gerai terbabit kerana menunggu suaminya untuk datang membawa payung.

“Akak ini mengandung, tunggu suami dia bawakan payung. Semoga anak dalam kandungan anak yang soleh solehah,” tulisnya dalam video.

Ambil kerusi dan beri kepada ibu mengandung untuk duduk

Prihatin dengan perkara itu, Taufik lantas mengambil sebuah kerusi lipat dan memberikannya kepada ibu mengandung terbabit untuk duduk sementara menunggu ketibaan suaminya.

Menurutnya lagi, merakam sesuatu kebaikan adalah lebih baik daripada merakam kejahatan kerana ia sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi kepada individu lain untuk berbuat perkara yang sama di masa hadapan.

Netizen sebak dan puji tindakan lelaki terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa terharu melihat keprihatinan lelaki berkenaan terhadap wanita terbabit.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga memberikan pujian terhadap sikap lelaki itu yang boleh dijadikan contoh kepada ramai orang.

Malah, ada juga wanita-wanita yang berkongsi pengalaman mereka yang mendapat keutamaan seperti di video terbabit ketika sedang mengandung dahulu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.