fbpx
Now Reading
“Macam Madu Dari China” – Zayn Malik Kongsi Produk Jaga Peti Suara, Tak Sangka Ia Rupanya Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak

“Macam Madu Dari China” – Zayn Malik Kongsi Produk Jaga Peti Suara, Tak Sangka Ia Rupanya Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak

Zayn Malik menganggap ubat batuk cap ibu dan anak itu sebagai laruan yang sangat istimewa buatnya untuk menjaga kualiti kotak suara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut ubat batuk cap ibu dan anak, mesti ramai rakyat Malaysia yang sudah boleh membayangkan bentuk dan warna kotaknya.

Sesiapa yang selalu makan ubat ini setiap kali mengalami batuk atau tekak kurang sihat memang akan menganggap ubat ini sebagai sesuatu yang ‘legend’.

Boleh dikatakan agak pelik jugalah kalau ada rakyat Malaysia yang tak tahu ubat batuk cap ibu dan anak ini.


Zayn Malik Panggil Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak Sebagai Madu Dari Negara China

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman X (@iamjoelee), bekas ahli kumpulan One Direction yang merupakan penyanyi popular antarabangsa iaitu Zayn Malik telah berkongsi beberapa produk yang digunakan untuk menjaga kualiti suaranya.

Siapa sangka, salah satu produk yang digunakan itu adalah Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak atau Nin Jiom Pei Pa Koa yang terkenal di Malaysia.

Tetapi kalau korang perasan, Zayn di dalam video berkenaan tidak menyebut ubat tesebut sebagai ubat batuk cap ibu dan anak. Sebaliknya dia menganggap produk tersebut seolah-olah seperti madu dari China.

Bagi Zayn, ubat tersebut adalah larutan yang sangat istimewa buatnya dan akan membawanya ke mana-mana sahaja dia pergi.

Ia seperti madu dari China dan sangat bagus untuk penjagaan pita suara saya. Saya anggap ia sebagai eliksir istimewa buat saya. Saya akan bawa ke mana-mana saya pergi terutamanya waktu saya bernyanyi. Saya akan campurkan dengan sedikit air. 

Zayn Malik.

Selain ubat batuk cap ibu dan anak, terdapat beberapa barangan lain yang dilihat diletakkan bersama-sama di atas meja di hadapan penyanyi tersebut.


Rakyat Malaysia Terhibur Tengok Zayn Malik Beri Gelaran Lain Untuk Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak

Rata-rata rakyat Malaysia terhibur melihat gelagat Zayn yang menggelarkan ubat batuk cap ibu dan anak itu sebagai madu dari negara China.

Ada juga netizen yang sempat berseloroh kononnya penyanyi itu ‘ketagih’ dengan ubat batuk tersebut.

“Ketagih ubat batuk rupanya si Zayn Malik ni,” kata netizen.

Malah, sesetengah netizen pula berpendapat bahawa jualan ubat tersebut akan meningkat selepas ia dipromosikan oleh Zayn dalam videro berkenaan.

Pada masa yang sama, ada juga pengguna media sosial yang tumpang bangga kerana produk yang dipromosikan itu adalah barangan buatan Malaysia.

Sumber: X

Profil Tentang Zayn Malik

Zayn Malik atau nama sebenarnya Zayn Javadd Malik telah dilahirkan pada 12 Januari 1993 di Bradford, West Yorkshire, England.

Beliau mula menceburkan diri dalam industri muzik selepas menyertai pertandingan nyanyian The X Factor ketika berusia 17 tahun.

Sumber: Instagram @zayn

Dalam pertandingan tersebut, juri Nicole Scherzinger and Simon Cowell telah menggabungkan Zayn bersama peserta yang lain iaitu Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson untuk membentuk satu kumpulan yang diberi nama One Direction.

Walau bagaimanapun, Zayn kemudiannya meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2015 dan memilih untuk bergerak secara solo.

Baca Artikel Berkaitan: Tahniah! Zayn Malik Dan Gigi Hadid Menimang Cahaya Mata Perempuan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.