Pelanggan Berbangsa India Kecewa Dapat Burger Daging Percuma Dari Restoran Fast Food [Video]
Menerusi ruangan komen, pelanggan itu mendakwa insiden itu berlaku semasa dia membuat pembelian secara drive thru di restoran berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan bangsa. Kepelbagaian inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata masyarakat dunia.
Walaupun wujud perbezaan agama dan budaya namun rakyat di negara ini saling menghormati antara satu sama lain baik dari segi pegangan malah pantang larang membabitkan makanan juga dititikberatkan.
Contohnya, individu yang beragama Islam mempunyai makanan yang dilarang untuk dinikmati antaranya seperti babi serta benda-benda yang memabukkan seperti alkohol.
Manakala masyarakat India pula tidak memakan daging lembu. Ini kerana haiwan itu dianggap binatang suci dan merupakan anugerah daripada tuhan kepada manusia yang perlu dihargai.
Oleh sebab itu, ada segelintir masyarakat India yang sensitif sekiranya ada individu yang menawarkan daging lembu kepada mereka.
Beri Burger Daging Percuma Kepada Pelanggan Beragama Hindu
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun @teivakulantey4, seorang pelanggan kecewa selepas sebuah restoran makanan segera memberikan burger daging percuma kepadanya.
Pemberian itu dianggap tidak sensitif memandangkan pelanggan itu berbangsa India.
“Beef burger, macam mana awak boleh bagi saya? Saya orang India,” kata pelanggan itu kepada pekerja berkenaan.
Kemudian, kedengaran pekerja restoran tersebut secara sopan memohon maaf kepadanya atas insiden yang berlaku.
Dia menjelaskan bahawa pemberian menu berkenaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh syarikat.
Pelanggan Dah Makan Burger Percuma
Namun, penjelasan dan permohonan maaf pekerja itu enggan diterima oleh pelanggan berkenaan. Ini kerana dia mendakwa telah makan menu percuma itu.
“Jadi macam mana cara kamu nak selesaikan perkara ini? Sebab kalau tak makan lain cerita, ini dah makan.
“Jadi macam mana cara dia? Takkan sana tak tahu saya pesan enam burger ayam, macam mana dia boleh tersilap bagi burger lembu?
“Kalau saya beli burger daging, dia boleh la bagi burger daging,” kata pelanggan berkenaan.
Malah, pelanggan itu turut mempertikaikan tindakan pekerja yang tidak mengetahui dia berbangsa India dan tidak memaklumkan kepadanya berhubung pemberian burger secara percuma itu.
Namun, pekerja wanita yang dipercayai pengurus restoran tersebut terus memohon maaf kepada pelanggan berkenaan atas kesilapan berkenaan.
Menerusi ruangan komen, pelanggan itu mendakwa dia membuat pembelian secara drive thru di restoran yang terletak di Tambun, Ipoh itu.
Video Cetus Perdebatan
Video yang telah mendapat tontonan lebih 295 ribu itu nyata menarik perhatian netizen. Rata-rata beranggapan ia merupakan kesalahan pelanggan itu sendiri yang tidak peka perkataan ‘beef’ yang tertera di plastik berkenaan.
Namun, ada warganet yang berpihak kepada pelanggan berkenaan dan menganggap ia merupakan kesalahan pekerja itu kerana tidak memaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu.
Ada juga segelintir warganet yang meminta agar pelanggan berkenaan memaafkan pekerja berkenaan atas kesilapan yang dilakukan.
Pembelian RM35 Ke Atas Percuma Burger Keju
Hasil semakan kami mendapati, restoran berkenaan sememangnya sedang mengadakan promosi bagi pembelian secara drive thru dan berharga lebih RM35 ke atas.
Setiap pelanggan yang membuat pembelian sedemikian akan mendapat burger keju yang mengandungi kepingan daging lembu pada setiap hari Rabu.
Namun, promosi ini hanya melibatkan beberapa cawangan restoran itu di mana salah satunya adalah restoran yang dikunjungi oleh pelanggan berkenaan.
Berikut antara komen warganet:
“Rasanya Staff Tidak Tahu, Dia Tak Makan Lembu”
“Dekat Kertas Pembalut Ada Tulis Lembu, Takkan Tak Tengok Dulu Sebelum Makan”
“Kalau Walk In Salah Pekerja, Kalau Online Bukan Salah Pekerja”
“Sebenarnya Kes Ini Salah Buyer, Buyer Tahu Dia Dapat Extra Tapi Tak Tanya”
“Silap Dua-Dua, Staf Tak Inform, Buyer Tak Alert Sebab Dekat Pembalut Ada Tulis”
“Tak Sengaja Makan Takpe, Bukan Sengaja Makan, Just Maafkan & Ingatkan Kembali”
“Mungkin Itu Menu Promo, Beli Set A Dapat Free Burger Daging”
“Masa Order Abang Ada Tanya Ke Ini Daging”
Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Cerewet Ketika Buat Pesanan, Netizen Suruh Ex Pekerja Restoran Makanan Segera Masak Sendiri [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Berang Minta Burger Percuma Tapi Tak Dilayan, Polis Pakistan Tahan 19 Staf Restoran Makanan Segera