Pelik Rider Hanya Isi RM1 Minyak Motor, Rupanya Nak Simpan Duit Beli Lampin Anak [Video]
Menerusi video, rider penghantar makanan terbabit memaklumkan dia menyimpan duit baki berkenaan kerana ingin membeli lampin untuk anaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui perbelanjaan untuk anak kecil bukanlah murah khususnya bagi yang masih berusia sekitar 1 bulan sehingga 4 tahun.
Ini kerana di usia sebegini kebanyakan anak kecil masih lagi memerlukan susu dan memakai lampin pakai buang.
Perkara ini ada ketika membuatkan para ibu bapa mungkin kekurangan duit memandangkan pengunaan susu dan lampin adakalanya berlebihan atas beberapa faktor.
Rider isi minyak motosikal RM 1 jadi perhatian
Baru-baru ini, seorang rider penghantar makanan telah mencuri perhatian ramai apabila dilihat hanya mengisi minyak dengan jumlah sedikit kerana ingin menyimpannya untuk kegunaan anak.
Menerusi video dikongsikan oleh Boss Erry di TikTok, awalnya kelihatan rider berkenaan sedang menolak motosikalnya.
Erry yang sedang memandu dibelakangnya kemudian turun dan menghampiri rider terbabit untuk bertanya adakah motosikalnya rosak.
Rider itu lalu menjawab motosikalnya kehabisan minyak. Erry lalu memberikan duit untuk mengisi minyak dan memaklumkan kepada rider tersebut untuk berjumpa di stesen minyak yang berdekatan.
Sampai di stesen minyak, rider itu hanya mengisi petrol motosikalnya RM1 sahaja.
“Eh tadi mamat (rider) tu isi ke? Ha ye ah, tadi yang ni. Aku bagi dia duit, dia isi RM1 je. Kenapa?” kata lelaki berkenaan.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengapa lelaki berkenaan mengisi minyak RM1. Lelaki itu kemudiannya turun dari kenderaan dan bertanya mengapa dia hanya mengisi minyak sejumlah itu, dan adakah duit yang diberikan tidak mencukupi.
Isi minyak RM1 sebab nak beli lampin anak
Rider itu menjawab dia hanya mengisi minyak berkenaan untuk pulang ke rumah, dan cuba berdolak-dalih apabila ditanya sebab sebenar dia mengisi dengan jumlah sedikit.
Selepas ditanya berulang kali, rider itu lalu menjawab yang dia sebenarnya ingin menyimpan duit berkenaan untuk membeli lampin anak.
“Saya isi minyak.. nak balik je. Anak saya dekat rumah tak makan bang.
“Saya.. duit yang lebih saya nak buat beli lampin anak bang,” katanya.
Beri duit lebih untuk beli keperluan anak
Mendengar perkara itu, Erry berkenaan bertanya keadaan rider berkenaan adakah dia okay, selain mengatakan duit yang diberikan sebelum ini adalah untuk mengisi minyak.
Simpati melihat keadaan rider itu, Erry berkenaan kemudiannya memberikan lagi wang untuk membeli keperluan anak dan pemberian itu hanya sekadar untuk berkongsi rezeki.
Perkara itu membuatkan rider berkenaan sebak lalu menangis sambil dipeluk Boss Erry.
Boss Erry juga meminta agar rider berkenaan tidak bersedih serta berhati-hati membawa motosikal dengan baik.
Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan video itu hanya sekadar konten namun ia memberikan nilai yang baik kepada masyarakat.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalam mereka yang pernah berdepan dengan kesusahan seperti itu.