fbpx
Now Reading
Pemulihan Bekalan Air Bagi Kawasan Terlibat Capai 18.4% – Air Selangor

Pemulihan Bekalan Air Bagi Kawasan Terlibat Capai 18.4% – Air Selangor

Menurut Air Selangor lagi, pemulihan penuh dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini, 6 Jun memaklukan pemulihan bekalan air bagi tujuh kawasan yang terjejas iaitu wilayah Petaling, Klang, Shah Alam,  Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor berikutan kerja-kerja  penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah mencapai 18.4%, setakat jam 9 pagi.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20%  pada jam 3:00 petang, 6 Jun 2024 (Khamis).

Mereka juga menjangkakan peratusan pemulihan akan mencapai 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024  (Jumaat).

Pemulihan penuh pada 7 Jun

“Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat).”

Tambah syarikat air itu lagi, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza  bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan  air.  

“Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air  untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan  harian.

“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan  menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang  masih terjejas berjalan lancar.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.