“Anak No. 2 Boleh Relate” -Gelagat Budak Perempuan Dalam Kelas Jiu-Jitsu Buat Ramai Terhibur [Video]
Kanak-kanak itu dilihat berbeza dengan pelajar lain apabila mengenakan pakaian berwarna merah jambu disaat pelajar cilik yang lain memakai pakaian berwarna putih, hitam dan juga biru.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai ibu bapa, pasti anda perasan setiap anak yang dilahirkan mempunyai karakter yang tersendiri. Ada yang memudahkan namun ada juga yang menguji kesabaran.
Sering kali kedengaran luahan segelintir ibu bapa mengenai sikap anak mereka lagi-lagi anak yang kedua yang kadangkala boleh memeningkan kepala.
Ini kerana anak nombor dua dikatakan unik dan berbeza perangai dari anak-anak yang lain.
Kanak-Kanak Perempuan Sertai Kelas Pertahankan Diri Curi Perhatian
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @intanliyanatw, dia berkongsikan keletah anak keduanya ketika sedang menghadiri kelas mempertahankan diri.
Apa yang menjadi perhatian adalah gelagat anak perempuannya itu tidak duduk diam berbanding kanak-kanak lain yang menghadiri kelas Jiu-Jitsu tersebut.
“Ada planet khas ke untuk anak nombor dua?” tulis Liyana menerusi video yang dikongsikan.
Malah, dia dilihat berbeza dengan pelajar lain apabila mengenakan pakaian berwarna merah jambu di saat pelajar cilik yang lain memakai pakaian berwarna putih, hitam dan juga biru.
Menjelaskan perkara tersebut di ruangan komen, Liyana memberitahu anak perempuannya itu sendiri yang memilih warna tersebut untuk dipakai ketika menghadiri kelas berkenaan.
Kanak-kanak itu turut dilihat menari dan hilang fokus ketika jurulatihnya sedang memberikan taklimat hingga ada rakannya menarik kanak-kanak comel itu masuk semula ke dalam barisan.
“Yang aneh-aneh je, hari pertama dah buat hal,” tulis Liyana menerusi kapsyen di video tersebut.
Apa yang lebih membuatkan video itu menarik adalah muzik latar yang digunakan oleh Liyana dilihat begitu ‘kena’ bagi menggambarkan keletah anaknya itu.
Difahamkan, itu merupakan hari pertama anaknya itu menyertai kelas Brazilian Jiu-Jitsu di salah sebuah kelas seni mempertahankan diri anjuran MMA Monarchy.
Gelagat Kanak-Kanak Buat Ramai Terhibur
Video yang dikongsikan oleh Liyana nyata mencuri perhatian ramai. Mengintai ke ruangan komen, rata-rata terhibur dan memuji ketika melihat keletah kanak-kanak comel itu sewaktu menghadiri kelas berkenaan.
Malah disebabkan kanak-kanak itu merupakan anak yang kedua, ramai warganet yang dapat mengaitkan dengan perangai kanak-kanak itu dengan anak nombor dua yang lain.
Ini kerana bagi mereka, anak nombor dua sememangnya mempunyai perangai yang unik dan berbeza dari adik beradik yang lain.
Ada juga warganet lain yang berpendapat kanak-kanak itu lebih sesuai dihantar ke kelas menari.
Berikut antara komen warganet:
“Aku Ada Anak Nombor Dua Lelaki, Tak Tahu Nak Cerita Perangai Dia Macam Mana”
“Anak Nombor 2 Saya Menangis Masa Perhimpunan Kindergarten, Dia Kata Ada Orang Kentut”
“Lagi-Lagi Kalau Anak Nombor 2 & Bongsu, Lagi Sakit Kepala Nak Layan”
“Terfikir Juga, Kadang-Kadang Menung. Anak Nombor 2 Ni, Dia Lain Macam Eh, Tak Pernah Tak Random”
“Salah Kelas Ni Dik, Patut Masuk Kelas Tarian”
“Comelnya”
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kanak-Kanak Minta Pekerja Kedai Makan Segera Siapkan Pesanan Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Mainan Ke Betul-Betul,”- Gelagat Anak Terkejutkan Ibu Dengan Katak Hidup Buat Ramai Terhibur [Video]