fbpx

Ceddy Beli Al-Quran, Muka Surat Pertama Yang Dibuka Raih Perhatian Ramai [Video]

Ceddy menerusi video tersebut turut mengakui al-Quran yang dijual di kedai buku Karangkraf sangat cantik dan membeli terjemahan Bahasa Inggeris kerana tidak pandai membaca Bahasa Arab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang influencer, Ceddy ini pasti ramai yang mengenalinya dengan konten video makan di restoran yang sering dimuat naiknya.

Malah sikapnya yang sangat santai dan ‘humble’ membuatkan influencer makanan ini menjadi kegemaran ramai.

Bukan hanya itu, dia juga dilihat sentiasa menghormati agama lain seperti agama Islam.

Bahkan turut menyokong perjuangan Palestin sehinggakan videonya turut mendapat perhatian Al-Jazeera.

Ceddy juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba merasai pengalaman berpuasa, sahur dan banyak lagi yang merupakan antara ibadah dilakukan penganut agama Islam.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan kebanyakan peminat serta netizen mendoakan agar suatu hari nanti hatinya terbuka untuk mendalami Islam.

Baca artikel berkaitan: Video Ceddy Perjelas Tentang Apa Yang Berlaku Di Gaza Tular Sehingga Disiar Al Jazeera

Ceddy beli al-Quran

Baru-baru ini, influencer berkenaan telah menarik perhatian apabila berkunjung ke Karangkraf untuk membeli senaskah al-Quran buat dirinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ceddy di TikTok, awalnya dia telah berkunjung ke kedai buku Karangkraf. Malah turut memaklumkan dia sebelum ini pernah ke kedai berkenaan dan terlihat banyak Al-Quran yang cantik-cantik dijual.

“Sebelum ini, saya masih ingat mereka (kedai buku Karangkraf) mempunyai al-Quran yang sangat cantik.

“Dan hari ini, saya ke sini lagi. Meskipun sedikit ‘shallow’ untuk mengatakan saya ingin membeli Quran kerana ia kelihatan cantik. Tetapi ia sememangnya sangat cantik,” kata Ceddy.

Pilih edisi ada terjemahan Bahasa Inggeris, muka surat pertama dibuka undang perhatian

Malah dia juga memaklumkan memilih satu edisi yang mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris kerana tidak pandai membaca tulisan Bahasa Arab dan pastinya dia memerlukan pertolongan dari orang lain.

Namun apa yang mencuri perhatian, Ceddy yang juga memakai sarung tangan telah membuka al-Quran berkenaan secara rawak dan ia membawanya kepada surah Al-An’am juzuk 7 ayat ke 95 hingga 101.

Surah dibuka menceritakan tentang kekuasaan Allah SWT

Maksud pada ayat tersebut menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang mencipta alam semesta seperti langit, matahari, tanah, kejadian siang dan malam serta banyak lagi.

Dia kemudian membuka satu lagi helaian secara rawak yang membawa kepada surah Al-Anbiya’ ayat 73 hingga 76 menceritakan tentang cabaran dihadapi para nabi seperti Nabi Lut A.S, Nabi Nuh A.S, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S.

Ceddy kemudian mengambil keputusan untuk membeli al-Quran yang berharga RM65.

@ceddyornot

Whenever I join my Muslim friends for puasa and I speak up for Palestinians, there will always be questions like “Bila nak masuk Islam?” While it’s not necessarily a harmless question, kadang2 kena rilek juga because I want to learn more before committing kan? And today I decided to pick up a beautiful Quran and start reading it. The next time if you wanna buy a Quran for yourself or for your loved ones. Boleh je visit karangkraf mall. Cantik buku buku dia!

♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan – Ceddy – CEO of Makan Makan

Sering dapat soalan ‘bila nak masuk Islam?’, Ceddy akui harus belajar lebih lanjut terlebih dahulu

Di ruang kapsyen, Ceddy mengatakan setiap kali menyertai rakan Muslim untuk berpuasa atau menyuarakan tentang Palestin dia akan dihujani dengan pertanyaan ‘bila nak masuk Islam?’.

“Walaupun ia bukan satu soalan yang bahaya, kadang-kadang saya kena tenang kerana ingin belajar lebih lanjut sebelum melakukannya bukan? Hari ini saya memutuskan untuk mengambil al-Quran cantik ini dan mula untuk membacanya.”

Surah sama turut dibuka oleh seorang lelaki warga Australia sebelum memeluk Islam

Melihat di ruangan komen, ada netizen tertarik dengan muka surat dan surah yang dibuka Ceddy yang secara rawak iaitu surah Al-An’am.

Ini kerana, sebelum ini tular satu video seorang lelaki warga Australia yang menceritakan tentang kisah penghijrahannya memeluk Islam selepas membaca surah yang sama.

Ketika itu adalah kali pertama dia membuka Al-Quran selepas meminta Allah memberikan petanda tentang kewujudanNya.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar Ceddy dipermudahkan untuk mendalami kitab suci al-Quran tersebut.

“Surah pertama yang awak buka”

“Sangat beradab ya Ceddy ni. Siap pakai sarung tangan pegang al-Quran”

“Muka surat pertama yang awak buka! Ia mempunyai mesej yang sangat indah dan jelas. Ia pastinya satu petanda”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.