“Ini Paling Cringe” – Peminat Wanita Ditegur Selepas Tanya Tentang Bau Badan Teme Abdullah [Video]
Menurut wanita dikenali sebagai Ummi Humaira’ itu, terdapat peminat Teme Abdullah yang bertanya kepadanya tentang bau badan penulis novel tersebut ketika sesi perjumpaan di Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2024.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2024 telahpun berlangsung dari 24 Mei hingga 2 Jun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Pekarangan WTCKL dilihat sungguh meriah dengan kehadiran ‘kaki buku’ yang hadir beramai-ramai dengan kenalan mereka. Siap ada yang bawa bagasi ya untuk membeli buku dengan kuantiti banyak.
Malah, penulis novel kegemaran ramai anak muda iaitu Teme Abdullah juga telah menganjurkan sesi perjumpaan bersama peminat pada Sabtu lalu (1 Jun).
Ramai Peminat Datang Berjumpa Dengan Teme
Teruja dengan kemunculan penulis kegemaran ramai itu, rata-rata peminat telah berkongsi momen sewaktu ‘meet and greet’ Teme dianjurkan.
Seperti baru-baru ini, salah seorang peminat dikenali sebagai Ummi Humaira’ menerusi hantaran di laman TikTok (@mihumaira) telah berkongsi beberapa klip video menunjukkan Teme sedang beramah mesra dengan pengunjung.
Walaupun bertopeng muka dan mengekalkan identiti ‘misteri’, namun Teme tetap melayan para peminat dengan baik.
Ada Peminat Yang Tanya Tentang Bau Badan Teme Abdullah
Pun begitu, Ummi berkata segelintir para peminat telah melontarkan komen yang dikatakan agak melampau. Menurut Ummi, ada yang bertanya kepadanya tentang bau badan Teme, sama ada penulis itu wangi ataupun sebaliknya.
Oleh disebabkan itu, dia mengingatkan orang ramai khususnya para wanita untuk setiasa menjaga batas dan berpada-pada apabila meminati seseorang.
Tegasnya, peminat perlulah menujukkan sokongan terhadap penulisan perjalanan Teme dan bukan tentang hal yang lain.
“Nak minat sebab rupa? Mestilah tak sebab kita pun tak tahu rupa dia macam mana,” ujar gadis tersebut.
Tambah Ummi, peminat di luar sana dinasihatkan untuk menjaga maruah sebagai seorang wanita solehah dan tidak melampaui batas selain berharap agar golongan itu menghormati privasi penulis berkenaan.
“Jangan jatuhkan maruah kita sebagai wanita sejati okay!” ujarnya.
Saya rakam dan muat naik (video Teme) untuk peminat yang tidak dapat pergi meet and greet. Tiada rasa post sebab minat rupa atau apa.
Ummi Humaira’.
Netizen Setuju Segelintir Peminat Melampaui Batas
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ummi di mana ada segelintir peminat yang agak melampau.
“Akhirnya ada juga yang cakap pasal benda ni. Jaga la maruah sebagai seorang perempuan. Banyak jumpa komen-komen tanya Teme bau wangi ke tak,” kata seorang wanita.
Malah ada juga yang berkata mereka hanya fokus tentang karya dan bukannya rupa atau bau sewaktu berjumpa dengan penulis tersebut.
“Saya setuju, saya pergi meet and greet Teme sebab memang minat karya dia, tak terfikir rupa atau bau,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada yang berkata bahawa kelakuan segelintir peminat mampu membuatkan para individu lain mengutuk Teme.
“Jangan terlalu melebih-lebih. Jaga perilaku dan tutur kata. Benda-benda macam itu pengaruh juga haters untuk jadikan point untuk memberi kecaman atau respon buruk kepada Teme,” jelas seorang warganet.