fbpx
Now Reading
Joget Depan Kaabah? Lelaki Indonesia Kecewa Sikap Negatif Segelintir Jemaah Haji Dari Negaranya [Video]

Joget Depan Kaabah? Lelaki Indonesia Kecewa Sikap Negatif Segelintir Jemaah Haji Dari Negaranya [Video]

Ibadah Haji seharusnya dihayati sepenuh jiwa dengan memperbanyakan ibadah kepada Allah SWT dan bukannya terlampau berseronok sehingga menjadi leka tujuan asal ibadah tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, Jemaah Haji dari seluruh dunia telahpun berada di Tanah Suci Mekah untuk melakukan ibadah rukun Islam kelima itu.

Pasti banyak video mahupun gambar yang dimuat naik di media sosial oleh segelintir jemaah di sana sebagai kenang-kenangan mahupun perkongsian buat ahli keluarga dan orang ramai.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga sebahagian jemaah Haji yang terlalu teruja berada di sana sehingga bertindak melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya dan dilarang.

Lelaki kecewa perbuatan terlarang masih dilakukan jemaah Haji Indonesia

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki Indonesia mendedahkan perbuatan terlarang yang masih dilakukan oleh jemaah haji republik itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @almanmulyana, lelaki terbabit turut berkongsi beberapa klip video tular yang memperlihatkan tindakan segelintir jemaah haji Indonesia semasa di Tanah Suci.

“Viral! Perbuatan terlarang di depan Kaabah,” ringkas tulisnya di kapsyen.

Wanita muat naik konten TikTok, berjoget sakan depan Kaabah

Klip video pertama memperlihatkan tindakan seorang jemaah haji wanita dipercayai dari Indonesia yang sedang membuat konten TikTok dengan berjoget sakan di hadapan Kaabah.

Menurutnya, wanita terbabit sepatutnya berdoa dan bukannya berjoget sedemikian kerana kiblat umat Islam terbabit tidak seharusnya dikotori dengan perbuatan sedemikian.

“Entah apa yang ada di fikiran wanita ini, buat TikTok sambil berjoget-joget di depan Kaabah. Bukannya berdoa malah berjoget, itu kiblat umat Islam jangan dikotori,” katanya.

Lelaki main game dalam telefon semasa berada di Multazam

Klip video kedua pula menunjukan seorang jemaah lelaki yang juga didakwa dari negara republik itu yang sedang duduk bermain permainan dalam telefon bimbit (mobile game) semasa berada di Multazam.

Menurutnya lagi, lelaki terbabit hanya mensia-siakan peluangnya yang terpanggil ke Tanah Suci untuk ibadah haji dengan perbuatan sedemikian sedangkan masih ramai lagi yang ingin ke sana namun tidak berkesempatan.

Jelasnya, Multazam merupakan tempat yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT namun lelaki berkenaan mensia-siakannya.

Lelaki tulis di dinding guna air liur di Jabal Rahmah

Klip video ketiga pula menunjukan seorang jemaah haji dikatakan dari Indonesia sedang menulis sesuatu di dinding dengan menggunakan air liurnya sendiri.

“Ini perbuatan di kampung dibawa sampai ke Tanah Suci Mekah, padahal cukup dengan berdoa sahaja bukan menconteng.

“Sayang pergi haji dengan kos yang mahal, tapi bila sampai di Mekah malah melakukan perbuatan yang syirik,” katanya lagi.

Haji ibadah wajib bagi yang mampu

Sekadar info, ibadah haji merupakan kewajipan agama bagi orang Islam yang mampu secara kewangan dan fizikal, ia haruslah dilakukan sekurang-kuranya sekali dalam seumur hidup.

Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.

Ziarah ini berlangsung selama beberapa hari dan melibatkan beberapa ibadah yang dilakukan oleh jutaan umat Islan dari seluruh dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Wajib Jual Harta Yang Bukan Keperluan Untuk Tunai Haji, Tak Jual Berdosa – UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.