
Kalau Bercerai Anak Wajib Duduk Dengan Ayah Atau Ibu? Ini Penjelasan UAI [Video]
Menurut UAI, si ibu akan mendapat hak penjagaan anak-anak berusia bawah tujuh tahun selagi mana wanita itu menginginkannya dan tidak hilang atau gugur kelayakan untuk menjaga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk hidup bahagia bersama-sama dalam membina sebuah keluarga.
Pun begitu, manusia hanya mampu merancang kerana tidak semua perkahwinan yang dibina berakhir dengan kebahagiaan, sebaliknya ada yang berpisah dengan penceraian.
Antara perkara yang paling dititik beratkan selepas berlakunya penceraian adalah hak penjagaan anak-anak, adakah si ibu atau si ayah yang akan menjaga dan membesarkannya.
Anak bawah umur 7 tahun akan dapat hak penjagaan kepada ibu
Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menyatakan hak penjagaan bagi anak-anak berusia tujuh tahun ke bawah akan dapat kepada ibu secara automatik tanpa perlu melalui proses perbicaraan dengan menggunakan peguam.
Menurutnya, si ibu akan mendapat hak penjagaan anak-anak berusia bawah tujuh tahun selagi mana wanita itu menginginkannya dan tidak hilang atau gugur kelayakan untuk menjaga.
“Kalau ada tiga, tiga-tiga dapat dekat mak, kalau ada lapan, lapan-lapan dapat dekat mak. Maksud dapat iaitu duduk di rumah mak bersama mak selagi mana usia belum genap tujuh tahun,” kata UAI.
Bapa masih perlu bagi nafkah, ibu juga haram larang bekas suami jumpa anak-anak
Menurutnya lagi, bagaimanapun si bapa masih perlu menjalankan tanggungjawab dengan memberi nafkah duit kepada anak-anaknya.
Ujar UAI, si ibu juga haram untuk melarang bekas suaminya berjumpa dan membawa keluar anak-anak mereka bagi terus mengeratkan hubungan silaturahim.
Jelasnya lagi, bagi anak yang berusia tujuh tahun ke atas namun belum baligh dan boleh berdikari, kanak-kanak itu boleh menentukkannya sendiri untuk tinggal bersama siapa selagi mana kedua-dua ibu bapanya layak untuk menjadi penjaga.
@akmal_pro #Assalammualaikum #Kalau Bercerai…Anak Wajib Duduk Dengan Mak Atau Ayah..Atau Lawan Di Mahkamah#UAI #💚💚💚
♬ original sound – akmal_102 – akmal_102
Memetik laman web peguam syarie, Abdul, Low & Partners, antara perkara yang boleh menyebabkan seseorang wanita itu hilang hak penjagaan adalah seperti berikut:
- Jika wanita itu berkahwin lain dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak tersebut dan apabila wanita itu terus menjaga mereka, ia akan menjejaskan kebajikan kanak-anak tersebut.
- Jika wanita itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
- Jika wanita itu menukar tempat pemastutinannya bertujuan untuk mencegah kanak-kanak tersebut dari pengawasan bapanya kecuali jika wanita itu pulang ke tempat lahirnya selepas perceraian.
- Jika wanita itu cuai atau menganiayai kanak-kanak tersebut.
- Murtad.
Jika seseorang wanita itu hilang hak penjagaannya, siapakah yang layak untuk menjaga kanak-kanak tersebut.
Susunan keutamaan hak penjagaan selepas ibu pula adalah seperti berikut:
- nenek sebelah ibu hingga ke atas;
- bapa;
- nenek sebelah bapa hingga ke atas;
- kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
- kakak atau adik perempuan seibu;
- kakak atau adik perempuan sebapa;
- anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
- anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
- anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
- emak saudara sebelah ibu;
- emak saudara sebelah bapa;
- waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai hak penjagaan ini, anda boleh layari laman web peguam syarie, Abdul, Low & Partners.