Kereta Bezza Cuba Potong Barisan Akhirnya ‘Give Up’ & Terpaksa U Turn Selepas Kena Hon Banyak Kali [Video]
Menerusi video berkenaan, kelihatan kereta Bezza terbabit membatalkan hasratnya untuk memotong barisan dan segera masuk ke lorong pusingan U selepas dihon berulang kali.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak kiralah berada di mana sekali pun, sebagai rakyat Malaysia kita sentiasa diterapkan untuk mematuhi peraturan antaran beratur di dalam barisan.
Perkara ini tidak hanya diaplikasikan ketika membeli makanan, berada di kaunter pembayaran sebaliknya ia juga diterapkan di jalan raya.
Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya kita dinasihatkan untuk sentiasa bersabar dan beratur di kawasan yang sepatutnya.
Tular video Bezza cuba potong barisan
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan berjaya membuatkan kereta jenis Perodua Bezza terpaksa membatalkan niatnya untuk memotong barisan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Syahir Iqbal, awalnya kelihatan kenderaan yang dinaikinya sedang melalui sebuah jalan dan di hadapannya terdapat sebuah Perodua Bezza.
Melalui perbualan dalam kenderaan itu, mereka mendakwa kereta Bezza berkenaan ingin mengubah lorong sebelah kiri yang mempunyai banyak kenderaan lain sedang beratur.
Tekaan mereka tepat apabila kereta Bezza itu memasang signal ke kiri sebaik menghampiri tiang lampu isyarat merah.
Bunyikan hon berulang kali sehingga Bezza ubah masuk ke lorong pusingan U
Melihat sahaja perkara itu, rakan yang berada ditempat duduk penumpang berkenaan telah menekan hon berulang kali sehingga menyebabkan Bezza itu membatalkan niatnya sehingga terpaksa memasuki lorong pusingan U.
Tindakan Bezza tersebut memasuki lorong pusingan U itu secara tidak langsung membuatkan rakan-rakan yang berada dalam kereta berkenaan bersorak gembira.
Ini kerana mereka berjaya mengagalkan niat pemandu itu untuk memotong di lorong berkenaan.
“Tulah sepanjang-panjang dia potong barisan, kan dah kena. Halang lagi laluan kami nak buat pusingan U,” tulisnya di ruang kapsyen.
Di bahagian ruangan komen, mereka mendakwa kereta Bezza itu dikesan enggan beratur apabila keluar dari barisan ketika sedang beratur dalam barisan.
Ramai dakwa kejadian berlaku di Kota Warisan
Melihat di ruangan komen, ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di lampu isyarat Kota Warisan, Sepang, Selangor dan ia sering berlaku.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan kelihatan wajah pemandu lelaki berkenaan seperti risau apabila rakan membunyikan hon berulang kali kepada pemandu Bezza.