fbpx
Now Reading
“Lampu Kuning Patut Pecut Ke Berhenti?” – Axia Dirempuh Selepas Berhenti Di Lampu Isyarat Cetus Perdebatan [Video]

“Lampu Kuning Patut Pecut Ke Berhenti?” – Axia Dirempuh Selepas Berhenti Di Lampu Isyarat Cetus Perdebatan [Video]

Ada warganet berpendapat pemandu Perodua Axia berkenaan sepatutnya meneruskan perjalanan dan ada juga yang menyalahkan pemandu trak pikap 4X4.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengguna jalan raya sering kali diingatkan agar sentiasa fokus dan berhati-hati ketika memandu. Namun dalam kita berjaga-jaga, ada segelintir pengguna yang tidak peka dengan keadaan sekeliling dan bersikap mementingkan diri.

Sikap sedemikian boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan malah apa yang lebih teruk jika ia menyebabkan kematian.

Axia Kena Langgar Belakang Di Persimpangan Lampu Isyarat

Gara-gara mahu mengejar lampu isyarat sebelum ia bertukar menjadi merah, sebuah kereta yang dipercayai 4X4 melanggar belakang kereta Perodua Axia berwarna kuning.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di akaun TikTok @red_aslan, insiden tersebut berlaku ketika Perodua Axia itu bertindak memperlahankan kenderaan sewaktu lampu isyarat berwarna kuning dan memberhentikan kereta beberapa meter dari garisan sebaik lampu bertukar menjadi warna merah.

Namun, tindakan Perodua Axia itu menyebabkan kenderaan itu dihentam dari belakang oleh kenderaan 4X4 hingga menyebabkan Axia terdorong ke hadapan melintasi simpang jalan.

Malah, bahagian belakang badan kereta itu turut remuk sehinggakan cermin belakang kereta berkenaan turut pecah.

Difahamkan, kenderaan 4X4 itu tidak sempat menekan brek ketika Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita itu memperlahan dan memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat dalam kemalangan yang berlaku di Wangsa Maju berhampiran Aeon Alpha Angle.

@red_aslan

Drive safe gais. Tengok lampu isyarat tu. kan dah terhentam kereta orang. haih.. kesian kat akak tu, nak pergi kerja. #malaysia #malaysiatiktok #drivesafe #grabdriver #dashcammalaysia #dashcam #accident

♬ Pemandu Berhemah – Tiggie & Friends

Video Cetus Perdebatan Netizen

Video yang telah mendapat tontonan 1.4 juta itu nyata mencetuskan perdebatan netizen. Menjengah ke ruangan komen, ada warganet yang menyatakan Perodua Axia itu salah kerana berhenti.

Bagi mereka, Perodua Axia berkenaan sepatutnya meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat masih belum bertukar menjadi warna merah.

Namun, ada juga warganet yang membidas kenyataan itu dan menyatakan pemandu Perodua Axia itu tidak salah kerana mengikut undang-undang, tindakan pemandu kenderaan berwarna kuning itu adalah betul.

Sebaliknya, pemandu 4X4 tersebut sepatutnya berjaga-jaga setelah lampu isyarat berwarna kuning berkelip-kelip.

Malah, ada yang hairan dengan segelintir warganet yang seolah-olah menyalahkan Perodua Axia sebagai punca kemalangan itu berlaku sedangkan pemandu kereta yang melanggarnya dari belakang adalah salah.

Maksud Warna Lampu Isyarat, Kuning Untuk Memperlahankan Kenderaan

Tahukah anda? Setiap warna lampu isyarat mempunyai maksud tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya.

Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemandu perlu memperlahankan kenderaan jika lampu telah bertukar berwarna kuning kecuali jika telah melepasi garisan putih.

Manakala, lampu isyarat berwarna merah tanda berhenti dan warna hijau untuk jalan.

PESANAN PENTING LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Wednesday 18 November 2020

Berikut antara komen warganet:

“Adoila Axia Ni, Jangan Lurus Sangat La Kak Oi”

“Axia Tu Betul Dah, Kuning Bersedia Untuk Berhenti”

“Axia Tu Break Kenapa, Lampu Baru Nak Merahkan”

“Dah Terang Lagi Bersuluh Ada Yang Nak Salahkan Axia”

“Axia Tu Laju Tak Payah Hardbreak Dah, Jalan Je Terus”

“Yang Belakang Tu Apahal, Cik Kuning Dah Bagus Dah”

“Nak Brek Macam Lampu Kuning Tengok Belakang Dulu Kak, Kalau Lori Dekat Belakang Sia-Sia Jadi Sardin”

“Lampu Kuning Tanda Bersedia Untuk Berhenti, Betul La Axia Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.