fbpx
Now Reading
“Si Kucing Wartawan”- Tular Video 2 Lelaki Bergaduh Di Pasar Mini, Reaksi Kucing Jadi Perhatian Ramai

“Si Kucing Wartawan”- Tular Video 2 Lelaki Bergaduh Di Pasar Mini, Reaksi Kucing Jadi Perhatian Ramai

Video pergaduhan antara lelaki berbangsa Cina dan India itu turut menarik perhatian rakyat Malaysia kerana menggunakan Bahasa Melayu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan ramai kerana dianggap comel.

Bukan hanya itu, sikap mereka yang manja dan menghiburkan membuatkan ramai menyayanginya.

Malah ada juga segelintir yang menganggap kucing adalah sebahagian daripada keluarga mereka.

Kucing jadi perhatian ketika kejadian pergaduhan

Baru-baru ini, tular satu kejadian pergaduhan membabitkan dua individu warga tempatan di sebuah pasar mini di Pulau Pinang.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan dua orang lelaki berbangsa India sedang berbalah dengan pemilik kedai tersebut.

Pemilik lelaki berbangsa Cina kemudian memaklumkan sekiranya mereka betul ingin bergaduh dia hanya mahu berlawan ‘1 lawan 1’. Perkara itu kemudian dipersetujui oleh lelaki berbaju putih.

Respon lelaki berkenaan akhirnya membuatkan mereka berdua mula bertumbuk di dalam kedai tersebut.

Kucing sibuk macam tengok perlawanan gusti

Namun apa yang mencuri tumpuan apabila muncul seekor kucing yang seolah-olah mahu melihat apa yang sedang berlaku.

Malah haiwan itu dilihat turut memerhati pergaduhan itu seperti sedang menonton perlawanan gusti.

Bukan itu sahaja, dia cuba mendekati dua individu berkenaan untuk melihat pergaduhan berkenaan secara dekat.

Walau bagaimanapun, pergaduhan itu melarat sehingga berlarutan ke luar premis terbabit.

Dapat dilihat lelaki berkenaan juga memukul kepala pemilik kedai berkenaan dengan menggunakan topi keledar motosikalnya.

Pergaduhan itu kemudiannya cuba dileraikan oleh seorang lagi lelaki selepas melihat rakannya terjatuh di atas lantai.

Ramai tertarik dengan gelagat kucing, sifatkan ia ‘wartawan bulus’

Melihat di ruangan komen, ramai yang tertarik dengan gelagat kucing di kedai berkenaan.

Malah ada juga yang menyifatkan dia seperti wartawan kerana kelihatan begitu sibuk.

Bukan hanya itu, netizen turut cuba mencari maklumat lanjut mengenai premis tersebut. Ada yang mendakwa pemilik kedai berkenaan seorang yang baik dan seorang jurulatih taekwando.

Malah mereka juga dapat menjumpai beberapa gambar pelanggan yang bergambar dengan kucing berkenaan.

Guna Bahasa Melayu ketika bergaduh

Bukan itu sahaja, kedua mereka juga menggunakan bahasa Malaysia untuk berkomunikasi meskipun keduanya dari berlainan bangsa.

Keadaan ini membuatkan netizen menyifatkan satu ‘semangat perpaduan yang tinggi’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.