fbpx
Now Reading
Wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand

Wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand

Kajian itu turut menunjukkan prosedur kecantikan yang paling popular di negara ini adalah rhinoplasty (pembedahan mengubah bentuk hidung), liposuction (sedut lemak) dan pembedahan kelopak mata.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecantikan merupakan satu perkara subjektif bagi setiap orang. Jika ditanya apa definisi cantik pada pandangan mata individu, ada yang meletakkan paras rupa sebagai kayu ukur kepada maksud tersebut.

Namun, ada juga yang melihat kecantikan seorang wanita itu bergantung kepada cara dia berfikir atau perangai wanita itu sendiri.

Malaysia Berada Ditangga Keenam Tercantik Di Asia

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh laman web kewangan Insider Monkey, wanita Malaysia berada di tangga keenam paling cantik di Asia dengan skor sebanyak 0.75.

Hasil kajian ini menunjukkan Malaysia berjaya mengalahkan negara jiran yang lain seperti Singapura, Thailand dan Indonesia yang masing-masing berada di tangga kesembilan, ke-10 serta ke-11.

Ia diukur berdasarkan beberapa kriteria antaranya seperti kepelbagaian budaya, pengaruh fesyen dan kejayaan dalam pertandingan ratu cantik (beauty pageants).

Menurut laman web berkenaan, kepelbagaian etnik di Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan etnik yang lain telah menghasilkan gabungan yang unik pada ciri-ciri wajah dan kecantikan.

Malah, kajian itu menunjukkan prosedur kecantikan yang paling popular di negara ini adalah rhinoplasty (pembedahan mengubah bentuk hidung), liposuction (sedut lemak) dan pembedahan kelopak mata.

Pada masa yang sama, Insider Monkey menjangkakan perniagaan kosmetik di Malaysia akan memperoleh keuntungan US$451.3 juta (anggaran kira-kira RM2.1 bilion) pada tahun 2024.

Sektor kecantikan dan penjagaan diri di negara ini juga dijangka akan menghasilkan keuntungan US$ 3.24 bilion (kira-kira RM15.1 bilion) bagi tahun yang sama.

Korea Selatan Ungguli Tangga Pertama

Dapatan itu menunjukkan Korea Selatan mengungguli tempat pertama dengan skor sebanyak 1, diikuti dengan Jepun ditangga kedua dengan 0.95 markah serta Vietnam di tangga ketiga dengan skor sebanyak 0.9.

Hasil kajian berkenaan turut menunjukkan negara Korea Selatan dan Vietnam popular dengan pembedahan plastik di mana satu daripada lima wanita di Korea Selatan akan membuat pembedahan tersebut.

Manakala di Vietnam pula, kos pembedahan plastik di negara itu antara yang termurah contohnya seperti kos pembedahan hidung yang hanya berharga $1,000 (kira-kira RM4,614) manakala pembesaran payu dara pula berharga $2,000 (anggaran kira-kira RM9,389).

Berikut merupakan skor dan kedudukan 20 negara asia yang lain:

  1. Korea Selatan – 1.0
  2. Jepun – 0.95
  3. Vietnam – 0.9
  4. Filipina – 0.85
  5. Iran – 0.8
  6. Malaysia – 0.75
  7. India – 0.7
  8. China – 0.65
  9. Singapura – 0.6
  10. Thailand – 0.55
  11. Indonesia – 0.5
  12. Hong Kong – 0.45
  13. Macau – 0.4
  14. Bhutan – 0.35
  15. Taiwan – 0.3
  16. Kazakhstan – 0.25
  17. Sri Lanka – 0.2
  18. Pakistan – 0.15
  19. Myanmar – 0.1
  20. Laos – 0.05

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia No.1 Negara Paling Disayangi Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2020

Baca Artikel Berkaitan: Juliana Evans Antara 100 Wanita Tercantik Di Dunia, Kalahkan IU Dari Korea, Emma Stone, Rihanna

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.