fbpx

“Faisal Halim Bukan Ancaman Bagi Saya, Dia Seorang Pemain Yang Baik & Peramah” – TMJ

Menurutnya yang lebih mesra disapa TMJ, sekiranya beliau ingin ‘menghabiskan’ seseorang, beliau mempunyai sasaran yang lebih besar dan bukannya seorang pemain bola sepak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan dakwaan terhadap tuduhan tidak berasas sesetengah pihak yang mengaitkan beliau dengan tragedi malang yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim adalah tidak benar.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, Faisal Halim memiliki keperibadian yang baik dan tidak sepatutnya dilakukan sedemikian rupa.

TMJ punyai target lebih besar jika ingin ‘habiskan’ seseorang

Menurutnya yang lebih mesra disapa TMJ, sekiranya beliau ingin ‘menghabiskan’ seseorang, beliau mempunyai sasaran yang lebih besar dan bukannya seorang pemain bola sepak.

“Budak ini (Faisal Halim) adalah budak baik, saya tak tahu hidup peribadi dia, apa yang terjadi kepada dia memang harus kita kondemlah, tetapi apa kena mengena dengan saya?

“Ada orang cakap TMJ mastermind, kalau saya nak ‘habiskan’, saya ada target-target lebih besar dalam negara ini, yang ambil duit rakyat, yang menyusahkan rakyat, yang bertanggungjawab dengan krisis perlembagaan, yang bertanggungjawab dengan rompak hasil duit-duit rakyat, diorang ini lebih penjenayah bagi saya yang perlu dihapuskan, bukan pemain bola sepak,” tegasnya.

Faisal Halim bukanlah ancaman bagi beliau mahupun JDT

Menurut TMJ lagi, sesetengah pihak yang memetik namanya dengan kejadian tersebut seharusnya berfikir secara rasional kerana Faisal Halim bukanlah ancaman bagi beliau mahupun JDT kerana rekod perlawanan kedua-dua kelab itu pada tahun lalu menyaksikan Selangor FC hanya mengalami kekalahan.

“Tak akan lah tak boleh berfikir secara rasional, saya nak ‘habiskan’ Faisal Halim buat apa, kami JDT lawan dengan Selangor tahun lepas, 4-0, 4-0, 2-0 (Selangor FC kalah), Faisal Halim main.

“Jadi Faisal halim bukan ancaman bagi saya, dia pemain yang baik untuk pasukan kebangsaan dan orang yang peramah, tetapi kita tak tahu hidup peribadi dia dan kita tak tahu apa agenda di sebalik serangan itu,” katanya lagi.

Jelas TMJ, beliau juga tidak mengetahui bagaimana boleh terjadinya konspirasi yang melibatkan dirinya dengan kejadian berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.