Penunggang Basikal Selamba Ikut Rapat Belakang ‘Mobile Crane’ Dikecam Ramai [Video]
Difahamkan, ‘mobile crane’ tersebut sedang bergerak perlahan kerana sedang mendaki bukit di lebuh raya terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang penunggang basikal mengayuh basikal dalam keadaan berbahaya di sebuah lebuh raya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kelihatan individu terbabit sedang mengayuh bersama sekumpulan penunggang basikal yang lain.
Penunggang basikal sengaja ekori rapat belakang ‘mobile crane’
Bagaimanapun, penunggang basikal terbabit dilihat dengan sengaja mengekori rapat pada bahagian belakang sebuah ‘mobile crane’ yang bergerak perlahan, manakala rakannya yang lain berada di laluan kecemasan.
Difahamkan, ‘mobile crane’ tersebut sedang bergerak perlahan kerana sedang mendaki bukit di lebuh raya terbabit.
Tindakan penunggang basikal itu berjaya dirakam oleh seorang pemandu lori yang sedang memandu di belakang mobile crane berkenaan.
“Aku rasa mungkin dia orang ini tahu kot dekat mana ada jual nyawa, nampak murah sangat nyawa. Itu mobile crane, kau ikut rapat belakang dia masa naik bukit, kau ingat apa?
“Bila-bila masa sahaja (sesuatu yang tak diingini) boleh jadi,” kata pemandu lori berkenaan.
Titik buta lebih besar, lori pun tak berani ikut rapat belakang mobile crane
Menurutnya, dia sebagai seorang pemandu lori juga tidak berana mengikuti rapat belakang ‘mobile crane’ kerana titik buta (blind spot) pemandu kenderaan berat berkenaan adalah lebih luas berbanding yang lain.
“Kau tahu tak mobile crane tu berapa banyak dia punya blind spot, tak kena takpe, bila dah kena mula memekak salahkan orang lain,” katanya lagi.
Puak yg tak boleh di tegur..nti Kita plak kene marah.
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 8, 2024
Kredit video owner 🤝 pic.twitter.com/hZEmix2GBo
Ramai kecam tindakan berbahaya penunggang terbabit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penunggang basikal terbabit.
Tidak hanya itu, ada juga netizen yang meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap penunggang berkenaan.
Malah ada juga yang mendakwa geng-geng basikal ini mudah melenting apabila ditegur tentang kesalahan mereka selain sering menyatakan bahawa hobi mereka mahal.
Diorg punye belagak Kan, Aku sllu baca org komen je dri dlu puak ni, tp Bila JD depan mate for the first time,naik la wei darah aku, sebab lambat btul die nak cycle ke lane kiri, siap tgok belakang,Aku cam pehal pandang ! Nsib tgh bwak org tu
— zack19 (@Mrzach190) June 9, 2024
ni orang panggil potong angin ke apa tu kan?
— Jajiju (@Jajiju1978) June 9, 2024
elok melekat kat belakang tu baru padan muka. jenis tak boleh ditegur camni, itu je ngajar dia
pihak berkuasa, sila sita dan saman puak nie cukup2
— Jason Kok (@Jason662566) June 9, 2024
mmg saja nk mengundang maut…nk prove apa ya ..ko hebat cycling?
— hannaqadira (@rashidah_zainal) June 9, 2024