fbpx

Polis Wanita Di Indonesia Bakar Suami Sendiri Kerana Suka Berjudi

Mangsa sebelum ini didakwa sering berjudi secara online dengan menggunakan wang belanja untuk tiga orang anaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perbuatan berjudi merupakan satu sikap buruk yang tidak wajar dilakukan mahupun dicontohi oleh sesiapa.

Malah tindakan berjudi ini boleh membuatkan seseorang ketagih sehingga merosakkan masa depan sendiri akibat daripada kegiatan buruk yang ingin mendapatkan wang dengan cara mudah.

Polis wanita bakar suami kerana selalu berjudi

Baru-baru ini seorang polis wanita di Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia yang dikenali sebagai Fadhilatun Nikmah dipercayai membakar suami sendiri kerana berang sikapnya yang suka berjudi.

Ekoran daripada insiden yang berlaku pada 8 Jun lalu itu, mangsa, Rian Dwi Wicaksono yang juga seorang anggota polis meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital.

Sewaktu ditemui di garaj, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan terbakar yang teruk.

“Pelaku dan mangsa adalah suami isteri, mangsa merupakan anggota polis Jombang,” maklum Ketua Polis Kota Mokokerto AKBP Daniel S Marunuri, lapor Detik dipetik DetikJatim.

Dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut

Daniel mendedahkan selepas ditemukan terbakar di garaj kediaman, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Wilayah Dr Wahidin Sudiro Husodo di kota Mojokerto untuk mendapatkan rawatan lanjut. Manakala isterinya telah ditahan.

Menurutnya, pihak polis bertindak untuk melakukan siasatan berhubung kes tersebut yang mungkin berlaku kerana konflik rumah tangga antara suspek dan mangsa.

“Motif kejadian masih lagi dalam siasatan, apa yang penting konflik rumah tangga dan kebetulan kedua-dua adalah polis negara.

Jelasnya lagi, mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada 9 Jun jam 12.55 tengah hari (waktu tempatan) disebabkan mengalami melecur teruk sehingga 90%.

Selalu guna duit belanja untuk sara anak berjudi online

Memetik laporan Siap Viva, mangsa turut menggunakan wang untuk membiayai kehidupan tiga anaknya untuk berjudi.

“Briptu Rian Dwi sering menghabiskan duit belanja yang seharusnya digunakan untuk membiayai hidup ketiga anaknya, untuk judi online,” kata Pegawai Kanan Polis, Dirmanto.

Kejadian berlaku selepas suspek dan mangsa bertengkar selepas pulang dari pejabat

Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Inspektor Jeneral Imam Sugianto menjelaskan sebelum kejadian suspek dan mangsa pulang dari pejabat masing-masing sebelum mula bertengkar di rumah.

“Kemudian isterinya menyimbah petrol ke muka dan badan mangsa. Tidak jauh dari tempat kejadian terdapat punca dan ia kemudian menyebabkan mangsa terbakar,” ujarnya.

Panik melihat keadaan suami, suspek kemudian membawa suami ke hospital, malah sempat memohon maaf kepada mangsa disebabkan tindakannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.