fbpx
Now Reading
“Saya Ada Black Belt Karate, Kalau Tak Mabuk Mesti Itu Orang Sudah Kena” – Lelaki Singlet Putih [Video]

“Saya Ada Black Belt Karate, Kalau Tak Mabuk Mesti Itu Orang Sudah Kena” – Lelaki Singlet Putih [Video]

Dakwa lelaki itu, pemilik kedai serbaneka bersikap kurang ajar kepadanya selain mengajaknya terlebih dahulu untuk bergaduh secara ‘one by one’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video pergaduhan melibatkan seorang lelaki dan seorang pemilik sebuah kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan lelaki itu yang berada dalam keadaan mabuk telah tewas dalam pergaduhan terbabit sekali gus mengundang pelbagai kecaman dan menjadi bahan troll di media sosial.

Tampil beri penjelasan, minta orang ramai berhenti viralkan dan jadikan bahan jenaka

Terbaharu, lelaki berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung kejadian itu selain meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan video tersebut atau menyuntingnya untuk dijadikan ‘meme’ bahan lawak jenaka.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, lelaki terbabit mendakwa dia dan pemilik kedai terbabit pernah bergaduh pada 13 tahun dahulu namun telah selesai.

Datang semula ke kedai untuk beli barang tapi tak dapat layanan baik siap kena ajak gaduh

Katanya, dia yang datang semula ke kedai berkenaan hanyalah dengan niat untuk membeli sesuatu, namun telah menerima layanan yang tidak baik daripada pemilik kedai.

Dakwanya, pemilik kedai itu juga mengajaknya terlebih dahulu untuk bergaduh secara ‘one by one’ selepas dia menyoal mengapa dilayan sedemikian rupa.

“Saya nak beli barang kenapa awak cakap macam ini, lepas tu dia cakap awak tak puas hati ke? Mari lah gaduh ‘one by one’,” katanya dalam video.

Ada tali pinggang hitam Karate, kalau tak mabuk mesti boleh menang

Dakwanya lagi, dia sebagai seorang lelaki telah menyahut ajakan gaduh tersebut meskipun pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk.

Jelasnya, dia telah tewas menentang pemilik kedai yang mempunyai tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri, Taekwondo kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

“Saya pun ada ‘black belt’ Karate, kalau tak mabuk mesti itu orang sudah kena (belasah),” katanya lagi diterjemah seorang pengguna X.

Susulan itu, dia memohon maaf kerana pada waktu itu dia berada dalam keadaan mabuk selain meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan videonya dan dijadikan bahan lawak jenaka.

Meskipun lelaki terbabit menjelaskan mengenai insiden itu di dalam bahasa Tamil, kelihatan ramai pengguna X berbangsa India membantu orang ramai untuk memahaminya dengan menterjemahkan ia ke dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Pihak polis tahan kedua-dua individu untuk membantu siasatan

Terdahulu, pihak polis telah menahan kedua-dua individu berkenaan untuk membantu siasatan selepas video pergaduhan mereka tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Helmi Aris insiden tersebut berlaku pada 3 Jun lalu sekitar jam 11.50 malam.

“Ketika insiden, penjual di premis berkenaan telah dikunjungi dua lelaki. Salah seorang darinya meminta alkohol dari penjual.

“Satu salah faham telah berlaku, sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan antara mereka berdua. Salah seorang daripada individu berkenaan telah menggunakan topi keledar dan memukul belakang penjual berkenaan ketika berada di luar premis,” ujar beliau, lapor Free Malaysia Today.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Pergaduhan Dalam Kedai Serbaneka Di Pulau Pinang, 2 Lelaki Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.