fbpx
Now Reading
“Saya Menangis..”- Nota Pada Kotak Berisi Tudung Yang Ditinggalkan Di Masjid Buat Ramai Sebak

“Saya Menangis..”- Nota Pada Kotak Berisi Tudung Yang Ditinggalkan Di Masjid Buat Ramai Sebak

Menurut wanita yang dikenali sebagai Nurul, hadiah tudung berkenaan awalnya ingin diberikan kepada bakal ibu mentua namun jodoh yang tak panjang membuatkannya membatalkan hasrat tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mengimpikan hubungan tersebut berakhir dengan perkahwinan yang membahagiakan.

Namun jika insan yang dicintai bukanlah jodoh yang dititipkan Allah SWT untuk bersama sehingga ke akhir hayat, siapalah kita untuk menolak takdir.

Meskipun rasa sakit atas percintaan yang berakhir, tetapi sebagai manusia kita perlu reda dan menerimanya.

Wanita tinggal kotak misteri di Masjid Sri Sendayan

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita yang turut kecewa kerana putus cinta sehingga dia meninggalkan sebuah kotak misteri di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Menerusi gambar carousel yang dikongsikan oleh @mira.meracun atau Mira Munirah di TikTok, dia memaklumkan suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di masjid berkenaan telah terjumpa sebuah kotak.

Kotak berkenaan dijumpainya sewaktu sedang membuat rondaan di waktu malam di ruangan solat wanita.

Menurut Mira, awalnya suami telah menghubunginya dan bertanya sekiranya dia inginkan tudung.

“Saya ingat dia beli.. Rupa-rupanya dia terjumpa kotak ni di Masjid Sri Sendayan,” katanya.

Kotak berisi tudung, kerongsang dan sekeping nota

Namun apa yang mencuri perhatian di dalam kotak berkenaan tidak hanya mempunyai tudung dan kerongsang tetapi ia juga terselit satu nota menggunakan tisu yang menyentuh hati.

Dalam nota tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nurul meminta sesiapa sahaja yang menjumpai hadiah tersebut untuk menjaganya dengan baik.

Asalnya hadiah tersebut dibeli buat bakal ibu mentua namun jodoh yang tak panjang membuatkannya terpaksa melupakan hasrat tersebut. Oleh itu, dia hanya ingin memberikannya kepada sesiapa sahaja.

Selain itu dia turut mendoakan si penerima dipermudahkan urusan dan berharap berjumpa di akhirat kelak.

“Saya akan jadi saksi depan Allah untuk awak sebab awak dah tolong ambil hadiah ni,” tulisnya dalam nota yang ditinggalkan pada 14 Mei lalu.

Dia juga turut memaklumkan bahawa hatinya sangat sakit dan kecewa ekoran percintaan yang tidak kesampaian kerana lelaki berkenaan perlu berkahwin dengan wanita lain.

Bekas kekasih pernah bawa ke masjid sebelum beritahu nak kahwin dengan wanita lain

Malah dia memilih untuk meninggalkan kotak hadiah tersebut di masjid berkenaan kerana pada 12 April lalu lelaki itu membawanya berjalan di lokasi tersebut.

“13 Mei dia cakap dia nak kahwin. Kejam? Ya tapi dia masih consider baik juga sebab nak jumpa untuk kali terakhir.”

Nurul juga meminta sesiapa yang menjumpai kotak tersebut untuk mendoakan dirinya agar terus kuat dan Allah mengantikan seseorang yang lebih baik.

Wanita pemberi kotak hubungi penerima dan ucap terima kasih

Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik, Nurul telah menghubungi Mira dan mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk menerima hadiah tersebut. Selain itu, dia juga menerima perkara yang berlaku serta sudah maafkan lelaki berkenaan serta menghargai setiap komen positif dan doa dari orang ramai.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut bersimpati akan perkara yang berlaku kepada Nurul serta mendoakan agar suatu hari Allah akan menemukannya dengan seorang yang lebih baik.

“Kepada Nurul, semoga Allah temukan mu dengan lelaki yang baik. Yang ikhlas sayangkan mu dunia dan akhirat”

“Semoga awak kuat Nurul. Cintailah sepenuh hati kamu hanya untuk Allah sesungguhnya mencintai manusia itu hanyalah sementara, mencintai Allah itu yang kekal selamanya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.