fbpx

“The Real Mail” – Gelagat Kanak-Kanak Bawa Basikal Tidak Padan Dengan Ketinggian Buat Ramai Terhibur [Video]

Gelagat kanak-kanak itu yang hanya menggunakan kaki kanan ketika cuba mengawal dan seimbangkan dirinya sewaktu membawa basikal berkenaan jelas menarik perhatian perakam video berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Basikal merupakan antara kenderaan yang menjadi kegemaran ramai untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Lazimnya, ia hanya digunakan buat mereka yang mahu bergerak menuju ke lokasi berhampiran.

Tidak hanya orang dewasa, kenderaan dua roda ini turut menjadi kegemaran kanak-kanak hingga ia menjadi antara benda yang wajib dimiliki oleh mereka.

Namun, ada segelintir kanak-kanak yang lebih gemar bermain basikal yang lebih besar dan tidak sepadan dengan usia dan ketinggian mereka.

Kanak-Kanak Badan Kecil Naik Basikal Besar

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @azzululu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dilihat sedang menaiki sebuah basikal.

Apa yang menjadi perhatian adalah basikal yang ditunggang oleh kanak-kanak itu merupakan basikal orang dewasa yang dipercayai dari jenis road bike dan tidak sesuai dengan ketinggian serta usianya.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat kanak-kanak lelaki itu sedang berusaha menaiki basikal yang dibawa selepas membeli makanan dan minuman di gerai makanan yang terletak di Bukit Rambai, Melaka.

Gelagatnya yang hanya menggunakan sebelah kaki ketika cuba mengawal dan seimbangkan dirinya sewaktu membawa basikal berkenaan jelas menarik perhatian perakam video berkenaan.

Malah, dia dilihat cuba mengayuh kenderaan itu setelah mendapat rentak namun akhirnya gagal hingga menyebabkan dia terjatuh.

Aksi kanak-kanak yang menunggang basikal itu dilihat sama seperti watak Mail dalam animasi Upin Ipin yang popular dan sinonim dengan karakter suka menggunakan basikal lebih besar daripada badannya.

“Haih mail, mail,” tulis pemilik video berkenaan menerusi ruang kapsyen.

Warganet Terhibur Lihat Aksi Kanak-Kanak

Video yang telah mendapat lebih 3.8 juta tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-ratanya terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki itu yang bersusah payah cuba menunggang kenderaan tersebut.

Malah, ada yang turut bersetuju dengan kenyataan pemilik video berkenaan yang menyamakan budak lelaki itu sama seperti watak Mail.

Ada juga warganet yang turut mempersoalkan bagaimana kanak-kanak berkenaan datang ke gerai makanan tersebut menggunakan basikal itu setelah dia dilihat susah untuk mengawal dan menggunakan kenderaan tersebut ketika pulang.

Pada masa yang sama, ada warganet yang turut mengimbau kenangan lama apabila melihat kanak-kanak itu menaiki basikal berkenaan.

Bagi mereka, apa yang dilakukan oleh kanak-kanak itu turut dibuat sewaktu mereka kecil dahulu.

Berikut antara komen warganet:

“Masa Dekat Rumah Tadi Awak Naik Macam Mana Dik?”

“Datang Tangan Kosong, Balik Ada Pula Teh O Ais Dengan Nasi Lemak, Memang Payah Sikit”

“Jauh Betul Ye Mail Ambil Langkah”

“Nak Gelak Tapi Dulu Waktu Kecil Pun Macam Ni”

“Kalau Zaman Kecil-Kecil Dulu, Jatuh Tengah Palang Tu, Kalau Naik Gitu, Sakit Woo”

“The Real Mail Wei”

“Aku Yakin Basikal Dia Ada Tapi Dia Nak Naik Yang Tu Juga, Ikut Ko Lah Dik”

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Comel Kanak-Kanak Bebel Bapa Pulang Lewat Lepas Berbasikal Undang Ketawa Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.