Tiada Pilihan Lain, Penyasaran Subsidi Untuk Selamatkan Negara – Anwar Ibrahim
Menurut Perdana Menteri, dia sedar bahawa langkah subsidi bersasar yang dilaksanakan ini akan ‘dihentam’ habis-habisan oleh sesetengah pihak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan langkah kerajaan Madani melaksanakan penyasaran subsidi adalah demi menyelamatkan negara.
Menurut Anwar, pihak kerajaan tidak mempunyai pilihan yang lain untuk dilakukan bagi menyelamatkan negara ini.
Anwar sedar langkah subsidi bersasar akan dihentam habis-habisan
Katanya, dia sedar bahawa langkah subsidi bersasar yang dilaksanakan ini akan ‘dihentam’ habis-habisan oleh sesetengah pihak.
“Kita terpaksa ambil beberapa tindakan tidak popular untuk selamatkan negara. Siapa mahu penyasaran subsidi ini? Kena tahu apa pun kita lakukan, kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan.
“Saya lihat (yang) pakai songkok, serban, jubah, tetapi tipu terus menerus, padahal kita beritahu, penyasaran subsidi semua Perdana Menteri sebelum itu sudah setuju cuma tidak ada tekad politik untuk melaksanakan kerana risikonya ada, tetapi untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan,” katanya dipetik Berita Harian.
Semalam (9 Jun), Kementerian Kewangan melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANi bermula hari ini (10 Jun).
Harga diesel RM3.35 bermula hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan menetapkan harga runcit diesel RM3.35 seliter bermula pada awal pagi tadi di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.
Menurut Amir Hamzah, bagaimanapun harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
Penetapan harga ini dibuat mengikut formula ‘Automatic Pricing Mechanism’ iaitu mengikut harga permulaan RM3.35 diambil berdasarkan purata bulan Mei 2024.
Langkah ini menyaksikan harga diesel akan dikemaskini dan diumumkan setiap minggu, mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan.
Baca Artikel Berkaitan: